|
SYURGA |
|
|
1 |
Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci
Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka
padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji
dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! |
|
2 |
Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik
dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka
mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan
kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. |
|
3 |
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang
soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan
khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. |
|
4 |
Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan
taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya
selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai
pemberian nikmat yang tidak putus-putus. |
|
5 |
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya
bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan
isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula
akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; - |
|
6 |
Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang
bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar
tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh.
Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha
orang-orang yang kafir pula ialah neraka. |
|
7 |
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke
dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa
mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu. |
|
8 |
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di
dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. |
|
9 |
Mereka tidak akan disentuh susah
payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan
dikeluarkan daripadanya. |
|
10 |
(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang
mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka
beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah
Allah membalas orang-orang yang bertaqwa, |
|
11 |
(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan
mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu
berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke
dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan". |
|
12 |
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan
gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis
dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring
di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang
sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang
semolek-moleknya. |
|
13 |
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu
(yang serba mewah). |
|
15 |
Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal
soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak
dikurangkan pahala sedikitpun, - |
|
16 |
(Iaitu) Syurga " Adn " yang telah dijanjikan
oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka
akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap
berlaku. |
|
17 |
Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai
warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami. |
|
18 |
"(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir
padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu
ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan
maksiat". |
|
19 |
Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini
musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu
berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan
isterimu) akan menderita. |
|
20 |
"Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu,
dan tidak akan merasa panas matahari". |
No comments:
Post a Comment