|
SYURGA |
|
|
1 |
Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah
kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan
daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya,
lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). |
|
2 |
Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu,
bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang
lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang
mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan
menderita azab sengsara. |
|
3 |
Mereka tidak mendengar suara (julangan) api neraka itu, dan
mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang
diingini oleh jiwa mereka. |
|
4 |
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan
beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya. |
|
5 |
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan
beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa
sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan
pakaian mereka di situ dari sutera. |
|
6 |
Kuasa pemerintahan pada hari kiamat itu tertentu bagi Allah. Ia
akan menghukum di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal
soleh ditempatkan di dalam Syurga yang penuh dengan segala nikmat
dan kesenangan; |
|
7 |
Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke
tempat yang mereka sukai (Syurga), dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Penyabar. |
|
8 |
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di
dalamnya. |
|
9 |
Maha Berkat Tuhan yang jika Ia
kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang
lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana
(yang tersergam indah). |
|
10 |
Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah (azab seksa neraka)
yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang
dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga yang
sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. |
|
11 |
Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka
kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu
janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa
masing-masing). |
|
12 |
Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat
menetapnya, dan lebih elok tempat rehatnya. |
|
13 |
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang
tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan
menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, |
|
15 |
Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah
eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. |
|
16 |
"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; |
|
17 |
"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi
orang-orang yang bertaqwa, |
|
18 |
(Jika sudah diketahui yang demikian) maka adakah orang yang Kami
janjikan kepadanya janji yang baik (balasan Syurga) lalu ia mendapatnya,
sama seperti orang yang kami kurniakan menikmati kesenangan hidup di dunia
kemudian ia pada hari kiamat termasuk dalam golongan yang dibawa (untuk
menerima azab neraka)? |
|
19 |
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan
tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang
sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh - |
|
20 |
Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka
mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria. |
No comments:
Post a Comment