|
SYURGA |
|
|
1 |
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai
makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka
yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan)
kamu (yang derhaka) semuanya; |
|
2 |
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di
dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa
sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim". |
|
3 |
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka
berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang
(sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:
"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini,
melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi
dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)". |
|
4 |
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam
larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu,
terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah
menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru
mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku
katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" |
|
5 |
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga,
sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan
kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan
dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi
orang-orang yang tidak beriman. |
|
6 |
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah)
Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak
sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak
akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan
demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. |
|
7 |
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak
menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang
(dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah
ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. |
|
8 |
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati
mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah
(tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata:
"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk
(mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh
petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya
telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan
mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya
dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan". |
|
9 |
Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu
berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan
berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan
kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah
dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?".
Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru
(malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa
laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim". |
|
10 |
Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok
"Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf
itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari
ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan
mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya):
"Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka,
sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat
memasukinya. |
|
11 |
(Mereka bertanya pula kepada Ketua-ketua kaum kafir itu dengan
berkata): "Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu
bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang
dikatakan kepada mereka): ` Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu, dan kamu
pula tidak akan berdukacita. ' " |
|
12 |
Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan
firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata):
"Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan)
yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga)
menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas
orang-orang kafir". |
|
13 |
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.
Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan
keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga). |
|
15 |
Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat
daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu
nikmat kesenangan yang kekal. |
|
16 |
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik
di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih
besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar. |
|
17 |
Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian
itulah kemenangan yang besar. |
|
18 |
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan
memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan
"Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan
kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia,
serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah
kemenangan yang besar. |
|
19 |
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman
akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan
beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di
antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang
demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam
(Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan
yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang
seperti itu) ialah kemenangan yang besar. |
|
20 |
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan
mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu.
(Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat
kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. |
No comments:
Post a Comment