|
SYURGA |
|
|
1 |
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka
akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan
nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin,
dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah
eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
(An-Nisaa 4:69) |
|
2 |
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut
berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada
orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang)
pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas
orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan
kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah
menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan
orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut
berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; (An-
Nisaa 4: 95) |
|
3 |
Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu)
dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh
kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana
Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang
yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang
beriman itu pahala yang amat besar. (An-Nisaa 4:146) |
|
4 |
Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang
teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke
dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak
terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama
Islam), yang membawa kepadaNya. (An-Nisaa 4 : 175) |
|
5 |
"Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah
dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin
(dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam
Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh" (Al-Maidah 5:84) |
|
6 |
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka
berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang
(sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:
"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini,
melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi
dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)". (Al-Araf
7:20) |
|
7 |
Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat
masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata:
"Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami
oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang
telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab:
"Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka
(kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas
orang-orang yang zalim". (Al-Araaf 7: 44) |
|
8 |
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.
Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan
keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga). (Al-Anfaal 8:4) |
|
9 |
Sesungguhnya orang-orang yang telah
tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari Kami, mereka dijauhkan dari
neraka itu. (101) Mereka tidak mendengar suara (julangan) api neraka itu, dan
mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang
diingini oleh jiwa mereka. (102) (Al-Anbiyaa 101-102) |
|
10 |
Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke
tempat yang mereka sukai (Syurga), dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Penyabar. (Al-Hajj 22: 59) |
|
11 |
(Jika sudah diketahui yang demikian) maka adakah orang yang Kami
janjikan kepadanya janji yang baik (balasan Syurga) lalu ia mendapatnya, sama
seperti orang yang kami kurniakan menikmati kesenangan hidup di dunia
kemudian ia pada hari kiamat termasuk dalam golongan yang dibawa (untuk
menerima azab neraka)? (Al-Qasas 28:61) |
|
12 |
Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu
yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang
berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula
ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa. (Saba
34:37) |
|
13 |
(Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu
setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan. (50) Seorang
di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang
rakan (yang menempelak daku). (51) "katanya:
Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya
(kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? (52) Adakah sesudah kita
mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta)
dibalas apa yang telah kita lakukan? " (53) (As-Saffat 37: 50-53) |
|
15 |
(Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati
kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat
nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, - (58) "Selain dari kematian
kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?" (59) Sesungguhnya
(nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar
pendapatan dan kemenangan yang besar. (60) (As-Saaffaat 58-60) |
|
16 |
Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan
mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk
mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat,
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan
Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya. (Az-Zumar 39:20) |
|
17 |
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat
keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat
keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak
mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia
terikat dengan amal yang dikerjakannya. (21) Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi
mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai
jenis yang mereka ingini.(22) Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan
kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang
berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang
sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa. (23) Dan
mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar
mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang
tersimpan dengan sebaik-baiknya.(24) (At-Tuur 52:21-24) |
|
18 |
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
(Ar-Rahmaan 55: 48) |
|
19 |
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta
kebesaran yang bertatahkan permata;(15) Sambil berbaring di atasnya dengan
berhadap-hadapan.(16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda
lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di
sekitar mereka, -(17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh
serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang
mengalir.(18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan
sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari
jenis-jenis yang mereka pilih,(20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang
mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik
parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.(23) (Semuanya
itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) Mereka
tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula
sesuatu yang menyebabkan dosa; -(25) Mereka hanya mendengar ucapan: "
Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain). (26) Dan puak kanan, - alangkah bahagianya
keadaan puak kanan itu? (27) (Al-Waaqiah 15-27) |
|
20 |
(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan
(yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada
orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil
sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara
mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di
sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang
munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya
mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ
terdapat (neraka) dan azab seksa. (Al-Hadiid 57: 13) |
|
21 |
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh
hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat
tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
(Al Insaan 76:6) |
|
22 |
Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau
melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada
bandingannya). (20) Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang
diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka
dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh
Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. (21) (Serta
dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah
untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu)
diterima dan dihargai (oleh Allah)". (22) (Al Insaan 76 : 20) |
|
23 |
Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang
ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan
orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. (Al Insaan 76 :31) |
|
24 |
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha
mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah
golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga). (Al-Balad 90 :18) |
No comments:
Post a Comment