|
SOLAT |
|
|
1 |
Iaitu orang-orang yang beriman
kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan
(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. |
|
2 |
Dan dirikanlah kamu
akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua
(berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. |
|
3 |
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk; |
|
4 |
Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat
perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu
menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan
kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah
kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan
dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu
berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil
dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan
perjanjian setianya. |
|
5 |
Dan dirikanlah oleh kamu
akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu
dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan
pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu
kerjakan. |
|
6 |
Dan siapakah yang lebih zalim
daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan
masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di
dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu?
Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu
melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang
mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di
dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. |
|
7 |
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan
Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat
Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu
tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid
Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf,
dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang
yang rukuk dan sujud". |
|
8 |
Dan dari mana sahaja engkau keluar
(untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid
Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah
benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala
apa yang kamu lakukan. |
|
9 |
Dan dari
mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka
hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu
berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi
(sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang
yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka
janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku
(semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga
supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar). |
|
10 |
Wahai sekalian orang-orang yang
beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam
menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan
(mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong)
orang-orang yang sabar |
|
11 |
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan
tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu,
khasnya sembahyang Wusta, dan berdirilah kerana Allah
(dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. |
|
12 |
Dan jika kamu takuti (sesuatu
bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian
apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan
mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana
Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya. |
|
13 |
Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta
memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka
pula tidak akan berdukacita. |
|
14 |
Lalu ia diseru oleh malaikat sedang
ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah
memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak
lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan
menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi
seorang Nabi dari orang-orang yang soleh". |
|
15 |
Lalu ia diseru oleh malaikat sedang
ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah
memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak
lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan
menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi
seorang Nabi dari orang-orang yang soleh". |
|
16 |
Nabi Zakaria berkata lagi:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku
mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan
dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan
dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir)
banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan
mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi". |
|
17 |
"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu,
dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama
orang-orang yang rukuk ". |
|
18 |
Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama.
Di antaranya ada golongan yang tetap (berpegang kepada agama Allah yang
benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa
mereka sujud (mengerjakan sembahyang). |
|
19 |
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan
mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan
janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas
besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan
jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu
datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian
kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan
kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. |
|
20 |
Tetapi orang-orang yang teguh serta
mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman,
sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan
kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang
yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan
berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar. |
|
21 |
Wahai orang-orang yang beriman,
apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas
kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan
kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua
belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka
bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang
air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk
berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang
bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah -
debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
(kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. |
|
22 |
Dan demi sesungguhnya! Allah telah
mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya
dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua
belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman
(kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati
segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta
kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta
menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan
Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang
baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan
ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di
antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan
yang betul" |
|
23 |
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah
Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang
mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk
menjunjung perintah Allah). |
|
24 |
Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang
Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya),
lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan
supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" serta orang-orang yang tinggal di
kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman
kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan
memelihara sembahyangnya. |
|
25 |
Katakanlah:
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. |
|
26 |
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh
berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka
(dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali
mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama
kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu
pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya). |
|
27 |
Wahai anak-anak Adam! Pakailah
pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat
(atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan
pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang
melampaui batas. |
|
28 |
Dan orang-orang yang berpegang teguh
dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak
akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan
hidupnya). |
|
29 |
Iaitu orang-orang yang
mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang
Kami kurniakan kepada mereka. |
|
30 |
Dan
tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan
bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir)
akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu. |
|
31 |
Kemudian apabila habislah (masa)
bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana
sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta
tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka
bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
32 |
Oleh itu, jika mereka bertaubat
(dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat,
maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan
ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. |
|
33 |
Hanyasanya yang layak memakmurkan
(menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan
zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang
tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat
petunjuk. |
|
34 |
Dan orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan;
dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat
kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
35 |
Dan janganlah
engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu
selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana
sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati
sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka). |
|
36 |
Jangan
engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya
masjid, yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah
sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada
orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan)
dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir
dan batin). |
|
37 |
Dan (setelah itu), Kami wahyukan
kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua
mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah
rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta
dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira
kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari
kezaliman Firaun dan kaumnya)". |
|
38 |
Dan
dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua
bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran
dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan
(terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah
Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu
beringat. |
|
39 |
Dan orang-orang yang sabar kerana
mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan
mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula
menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan
baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; - |
|
40 |
Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang
beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari
apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan
pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada
jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan
pertolongan). |
|
41 |
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya
aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah
(Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang
diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ)
supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan
ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar
kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki
kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga
mereka bersyukur. |
|
42 |
Dirikanlah
olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap
malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh
sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan
(keistimewaannya). |
|
43 |
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang
mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana
Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah
engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau
perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. |
|
44 |
Dan Ia menjadikan daku seorang yang
berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku
mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. |
|
45 |
Dan adalah ia menyuruh keluarganya
mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah
seorang yang diredhai di sisi Tuhannya! |
|
46 |
Firman Tuhan : "Sesungguhnya
Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan
dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. |
|
47 |
Dan perintahkanlah keluargamu serta
umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar
menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang
memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa. |
|
48 |
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua
ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan
Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang,
serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami. |
|
49 |
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika
Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami
berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu,
dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan
orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud
(mengerjakan sembahyang). |
|
50 |
Iaitu orang-orang yang apabila
disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar
(cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang
mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian
dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. |
|
51 |
Iaitu mereka yang diusir dari
kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar,
(mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah
Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang
pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan
serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang ,
dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah
banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang
menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;
- |
|
52 |
Iaitu mereka yang jika Kami berikan
mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka
mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh
berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang
mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. |
|
53 |
Wahai orang-orang yang beriman,
rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah
kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal
kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). |
|
54 |
Dan dirikanlah kamu
akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul
Allah; supaya kamu beroleh rahmat. |
|
55 |
Wahai orang-orang yang beriman,
hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan
kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga
masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka
pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak;
itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu
dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut,
(kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu
masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan
hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. |
|
56 |
Yang melihatmu semasa engkau berdiri
(mengerjakan sembahyang), |
|
57 |
Iaitu mereka yang tetap
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya
dengan yakin akan hari akhirat. |
|
58 |
Bacalah serta ikutlah akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan
dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. |
|
59 |
Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan
mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan
kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu
menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik - |
|
60 |
"Wahai anak kesayanganku,
dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah
daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala
bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. |
|
61 |
Orang-orang yang bersalah itu
menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang
mengerjakan sembahyang; |
|
62 |
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar
tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang
diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang
difardhukan mengerjakannya)! |
No comments:
Post a Comment