|
GUNUNG |
|
|
1 |
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil
perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas
kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan
kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah
(jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. |
|
2 |
Dan Kami telah mengangkat
"Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar
akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat), dan Kami
perintahkan mereka: "Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan
merendah diri" dan Kami juga perintahkan mereka: "Janganlah kamu
melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu", dan Kami
telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh (yang mewajibkan
mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). |
|
3 |
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang
Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa
(merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu
Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman:
"Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah
ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya
engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla"
(menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka)
"TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi
Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha
Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang
awal pertama beriman (pada zamanku) |
|
4 |
Dan (ingatlah) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina)
ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang
menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh
menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): "Terimalah dengan
bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan
ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi
orang-orang yang bertaqwa" |
|
5 |
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan
kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan
wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu)
surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh
itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan
(kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi
orang-orang yang zalim". |
|
6 |
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang
luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta
sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia
jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam
silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. |
|
7 |
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang
dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau
dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan
sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan
kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi
lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala
urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui
bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat
manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang
yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana
(ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun
menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu
menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari
kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. |
|
8 |
Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami
letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan
padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. |
|
9 |
Dan mereka memahat sebahagian
dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari
sesuatu bahaya). |
|
10 |
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang
yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan
sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke
matlamat yang kamu tuju. |
|
11 |
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di
pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. |
|
12 |
Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian
dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi
kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga
menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan
sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang.
Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah
diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya. |
|
13 |
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan
berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi,
dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. |
|
14 |
Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan
terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi
terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami
tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka. |
|
15 |
Sehingga apabila ia sampai di antara
dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka
tidak dapat memahami perkataan. |
|
16 |
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi";
sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara
dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan
berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia
menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah
tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". |
|
17 |
Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah
kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi
penghormatan berkata dengan Kami. |
|
18 |
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan
(anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah,
serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, - |
|
19 |
Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah
selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi
wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan
kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", |
|
20 |
Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu
(wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: "Tuhanku
akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin. |
|
21 |
Dan Kami telah menjadikan di
bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar
mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang,
supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. |
|
22 |
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum
yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua)
Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami
mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi
Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. |
|
23 |
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala
yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya
termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang,
dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari
manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab
(disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang
dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat
memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. |
|
24 |
Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok
yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan
minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan. |
|
25 |
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah
mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan
kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis?
Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula
menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada
padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang
dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran
kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir
menyambar dan menghilangkan pandangan. |
|
26 |
"Dan kamu memahat sebahagian
dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan
bersungguh-sungguh? |
|
27 |
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi
tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara
bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang
menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang
tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu)
tidak mengetahui. |
|
28 |
Dan engkau melihat gunung-ganang,
engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti
bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap -
tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat
mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. |
|
29 |
Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya
itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir), ia
melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Gunung Tursina.
(Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah; sesungguhnya
aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari
situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri". |
|
30 |
Dan engkau juga tidak berada
dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi
wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu
(menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah
lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka
beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya). |
|
31 |
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang
sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di
bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak
menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan
Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis
tanaman yang memberi banyak manfaat. |
|
32 |
Sesungguhnya Kami telah kemukakan
tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang
(untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);
dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup
memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka
melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan. |
|
33 |
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan
kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman):
"Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama
dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama
dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya; |
|
34 |
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah
menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu
buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di
antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong
putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang
hitam legam; |
|
35 |
Sesungguhnya Kami telah
mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama
dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari. |
|
36 |
Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang
yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat
padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup
penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh
keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. |
|
37 |
Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana)
Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan
padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya
pelbagai jenis tanaman yang indah subur? |
|
38 |
Demi Gunung Tursina; (At-Tuur 52:1) |
|
39 |
Dan gunung-ganang bergerak dari
tempatnya dengan cara yang luar biasa. (At-Tuur 52:10) |
|
40 |
Dan gunung-ganang dihancur leburkan
dengan selebur-leburnya, |
|
41 |
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas
sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta
pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal
perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka
memikirkannya. |
|
42 |
Dan bumi serta gunung-ganang diangkat
(dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, - |
|
43 |
Dan gunung-ganang pula menjadi seperti
bulu (yang berterbangan) |
|
44 |
Dan gunung-ganang pula menjadi seperti
bulu (yang berterbangan) |
|
45 |
(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang
bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan
pasir yang mudah bersepah. |
|
46 |
Dan Kami telah jadikan di
bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami
telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga? |
|
47 |
Dan gunung-ganang sebagai pancang
pasaknya? |
|
48 |
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan
- diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti
riak sinaran panas di padang pasir. |
|
49 |
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia
ditegakkan? |
No comments:
Post a Comment