|
BULAN |
|
|
1 |
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit
(menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka
setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi
sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya
menjadilah aku dari kaum yang sesat". |
|
2 |
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad)
mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran)
anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan)
manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki
rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan
itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu
melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." |
|
3 |
Allah jualah Yang membelah cahaya subuh
(yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat,
dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut
peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Mengetahui. |
|
4 |
Dia lah yang menjadikan matahari
bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah
yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada
tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui
bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan
dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya
(tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat
sesuatu yang dijadikanNya). |
|
5 |
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf
berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat
sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk
memberi hormat kepadaku". |
|
6 |
Allah jualah yang menjadikan langit
terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya,
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari
dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari
keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang
mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya
satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima
balasan). |
|
7 |
Dan Ia juga yang menjadikan matahari
dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan
yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. |
|
8 |
Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang,
dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan
perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang
mahu memahaminya. |
|
9 |
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan
malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar
terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). |
|
10 |
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala
yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya
termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang,
dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari
manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab
(disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang
dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat
memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. |
|
11 |
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di
langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari
serta bulan yang menerangi. |
|
12 |
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai
Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari
dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu
mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak
dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi
perintahNya)? |
|
13 |
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah
memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti),
dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah
makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa
yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. |
|
14 |
Allah jua yang memasukkan malam pada siang
dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia yang memudahkan
peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk
suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah
Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah -
yang lain dari Allah - tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji
kurma. |
|
15 |
Dan bulan pula Kami takdirkan dia
beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan
kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan
yang kering. |
|
16 |
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari
tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat
mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat
edarannya masing-masing. |
|
17 |
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada
faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang
(dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya);
dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, -
tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan.
Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. |
|
18 |
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah
malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada
matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah
kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya
beribadat kepada Allah. |
|
19 |
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat)
dan terbelahlah bulan. |
|
20 |
Matahari dan bulan beredar dengan
peraturan dan hitungan yang tertentu; |
|
21 |
"Dan Ia menjadikan
padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai
lampu (yang terang-benderang), |
|
22 |
Sebenarnya! Demi bulan, |
|
23 |
Dan bulan hilang cahayanya, |
|
24 |
Dan matahari serta bulan dihimpunkan
bersama, |
|
25 |
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: |
|
26 |
Dan bulan apabila ia
mengiringinya; |
No comments:
Post a Comment