|
SIANG DAN MALAM |
|
|
Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi; dan (pada)
pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal
yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada
manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu
Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia
biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada)
peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah)
terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu)
ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu)
menggunakan akal fikiran. |
|
|
2 |
"Engkaulah
(wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah
yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah
juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang
mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu
yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". |
|
3 |
Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,
kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang
berakal; |
|
4 |
Dan bagi
Allah jualah apa yang ada pada
waktu malam dan siang; dan Dia lah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
|
5 |
Dan Dia
lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa
yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari
tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah
ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan
kepada kamu apa yang kamu lakukan. |
|
6 |
Sesungguhnya
Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia
melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan
deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan)
matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada
perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan
(sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang
mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. |
|
7 |
Sesungguhnya
pada pertukaran malam dan siang silih
berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di
langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan
undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa. |
|
8 |
Sesungguhnya
bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari
langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari
jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang -
bercampur-aduk dan berpaut-pautan
(pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi
itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan
bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka
bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil
hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada
waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia
hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami
menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu
berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). |
|
9 |
Dia lah yang
menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat
padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya
kamu berusaha). Sesungguhnya
perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda
(yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar
(keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran
daripadanya). |
|
10 |
Dan dirikanlah
sembahyang , pada dua
bahagian siang (pagi dan petang), dan pada
waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya
amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan.
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang-orang yang mahu beringat. |
|
11 |
Dan Dia
lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya
gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya
pasangan: dua-dua. Ia juga
melindungi siang dengan malam silih berganti.
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum
yang (mahu) berfikir. |
|
12 |
Sama sahaja
kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam
hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada
waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. |
|
13 |
Dan Ia
juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk
kepentingan kemudahan kamu, dan yang
menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. |
|
14 |
Dan ia
memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari
serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya
untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu
memahaminya. |
|
15 |
Dan Kami
jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan
kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga
menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu
terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan
kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan
tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah)
tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu),
Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan
sejelas-jelasnya. |
|
16 |
Oleh itu,
bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka
katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari
terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada
saat-saat dari waktu malam dan pada
sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik
balasan). |
|
17 |
Mereka
beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti. |
|
18 |
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah
menjadikan malam dan siang, serta
matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di
tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). |
|
19 |
Katakanlah : "Siapakah yang dapat
menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada
azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah?" (Mereka tidak memikirkan yang
demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka. |
|
20 |
(Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap
berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana
kuasaNya
memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih
berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Melihat. |
|
21 |
Dan Dia lah yang
menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan
pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir? |
|
22 |
Allah
menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya
yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi
orang-orang yang celik mata hatinya berfikir. |
|
23 |
Dan Dia lah Tuhan yang
menjadikan malam untuk kamu sebagai
pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta
menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. |
|
24 |
Dan Dia lah yang
menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa
yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan
nikmat-nikmatNya itu). |
|
25 |
katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika
Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke
hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat
membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka
mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti
keesaan dan kekuasaan Allah)?" |
|
26 |
Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia
menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti
supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki
dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. |
|
27 |
Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu
pada
waktu malam dan pada siang hari, dan usaha
kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu).
Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi
orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran). |
|
28 |
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah
memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih
berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk
faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu
masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. |
|
29 |
Dan - di antara tempat tinggal mereka
(di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami
limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah
bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan
itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang
dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka):
" Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu
suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman". |
|
30 |
Dan berkata pula orang-orang yang
tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: "Tidak! Bahkan
(yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya
kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur
kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya
masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa
semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu
pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan
apa yang mereka telah kerjakan. |
|
31 |
Allah jua yang memasukkan malam pada siang
dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia yang memudahkan
peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk
suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah
Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah -
yang lain dari Allah - tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji
kurma. |
|
32 |
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka
(berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka
dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; |
|
33 |
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari
tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat
mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di
tempat edarannya masing-masing. |
|
34 |
Ia menciptakan langit dan bumi
dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula
menjadikan malam melingkari siang (dengan
gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan
cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar
menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa
yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa
Mengampuni. |
|
35 |
Allah yang menjadikan malam untuk
kamu supaya kamu berehat
padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya
kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada
manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. |
|
36 |
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya
ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan.
Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud
kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang
menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. |
|
37 |
Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan
angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka
tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di
sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada
waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu. |
|
38 |
Dan (pada)
pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga
(pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan
dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran
angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan
Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum
yang mahu menggunakan akal fikiran. |
|
39 |
Dia lah yang memasukkan
waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan
waktu siang ke dalam waktu malam (silih
berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati)
yang terkandung di dalam dada. |
|
40 |
(Kami galakkan engkau dan umatmu
beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau
pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira
bicaranya; |
|
41 |
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad)
mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari
dua pertiga malam, dan selama satu
perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga
dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana
hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang
menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia
mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat
kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan
memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu
dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa
akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya
orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia
Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan
Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat
membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta
berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai
pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang
kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat
balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang
amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
42 |
Dan Ia menjadikan malamnya
gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang. |
No comments:
Post a Comment