|
SUNGAI |
|
|
1 |
Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka
diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata:
"Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka
diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan
disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri
yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya
selama-lamanya. |
|
2 |
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi
keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu
ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada
pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya;
dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah;
sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. |
|
3 |
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama
tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan
sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya
maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka
sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan
dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga
dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil
dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman
menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum
(sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan
tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan
menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang
sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah
(sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". |
|
4 |
Adakah seseorang di antara kamu suka
mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis
buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih
kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga
terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). |
|
5 |
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah
supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu?
Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa
Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di
dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih,
serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah
sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; |
|
6 |
Orang-orang yang demikian sifatnya,
balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir
di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian
itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. |
|
7 |
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka
(dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal
orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan,
(kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka
orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke
luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai
gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk
mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) -
sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya
Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah
jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". |
|
8 |
Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada
Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan
tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa
jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang
taat, yang banyak berbuat kebajikan). |
|
9 |
Segala hukum yang tersebut adalah
batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,
akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat
besar. |
|
Dan demi
sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya
mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah
utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan
masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah
beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan
sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul
(utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan
kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara
pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah
tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang
kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah
ia dari jalan yang betul" |
|
|
11 |
Lalu Allah
memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang
telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang
demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan. |
|
12 |
Allah
berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar
(pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka;
mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka
pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar". |
|
13 |
Tidakkah mereka
memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan
sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka
di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada
kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami
jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan
mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka,
umat yang lain? |
|
14 |
Dan Kami
cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga)
yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan
mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah
yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini,
padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak
memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan
kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga
yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah
kerjakan". |
|
15 |
Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh)
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di
dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn"
serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang
demikian itulah kejayaan yang besar. |
|
16 |
Dan orang-orang
yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari
orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang
menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda
akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. |
|
17 |
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka
yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya
mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. |
|
18 |
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang
luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh)
serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis
buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang
dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. |
|
19 |
Sifat Syurga yang dijanjikan kepada
orang-orang yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa
mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan
naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa,
sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka. |
|
20 |
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka;
ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga
itu. |
|
21 |
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang
menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia
mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu
dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. |
|
22 |
(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn
", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya
beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka
kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa, |
|
23 |
Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari
pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau
mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang
terpancar terus-menerus. |
|
24 |
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang
kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di
dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari
sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya
dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah
balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang
semolek-moleknya. |
|
25 |
Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya,
dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di
antara keduanya sebatang sungai. |
|
26 |
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:"
Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah
menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. |
|
27 |
"(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang
mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang
demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari
perbuatan kufur dan maksiat". |
|
28 |
Sesungguhnya Allah akan memasukkan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang
ditentukanNya. |
|
29 |
Sesungguhnya Allah akan memasukkan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir
padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang
emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. |
|
30 |
Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki
tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik
dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang
tersergam indah). |
|
31 |
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi
tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara
bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang
menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang
tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu)
tidak mengetahui. |
|
32 |
Dan orang-orang yang beriman serta beramal
soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya.
Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh - |
|
33 |
Diedarkan kepada mereka piala yang berisi
air (yang diambil) dari sungainya yang mengalir, |
|
34 |
Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang
bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi
laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang
tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan
mengubah janji-janjiNya. |
|
35 |
Dan Firaun pula menyeru (dengan
mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah
kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya,
dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu
melihatnya? |
|
36 |
Sesungguhnya Allah akan memasukkan
orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya)
orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi
tempat tinggal mereka. |
|
37 |
Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada
orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya
beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan
beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari
air yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga
beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk
mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.
(Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu
keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan
diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka
hancur? (Sudah tentu tidak sama)! |
|
38 |
(Allah melakukan yang demikian) supaya ia
memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka
di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian
itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka); |
|
39 |
Tidaklah menjadi salah kepada orang buta,
dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah
kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya).
Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan
dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak
terperi sakitnya. |
|
40 |
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di
tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat)
beberapa sungai, |
|
41 |
Dengan membawa piala-piala minuman dan
tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi air (yang diambil)
dari sungainya yang mengalir. |
|
42 |
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari
kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan
amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan
mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita
yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang
demikian itu adalah kemenangan yang besar". |
|
43 |
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan
orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun
orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka,
atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia)
itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan
mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan
mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama)
Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah
orang-orang yang berjaya. |
|
44 |
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan
dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat
tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang
besar. |
|
45 |
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu
pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing
nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta
mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan
memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang
besar. |
|
46 |
(Dengan mengutuskan) seorang Rasul yang
membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya
Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan
beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah
petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal
soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.
Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya
sebaik-baik pemberian. |
|
47 |
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah
kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu
akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak
akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;
cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di
sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika
orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami!
Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami;
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". |
|
48 |
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan
banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu
kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang
mengalir di dalamnya). |
|
49 |
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga
Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda
akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.
Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah)
Tuhannya. |
No comments:
Post a Comment