|
LAUT |
|
|
1 |
Dan (kenangkanlah) ketika kami
belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari
angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun
bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. |
|
2 |
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi;
dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar
di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia;
demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan
padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran
angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara
langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang
membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan
rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. |
|
3 |
Dihalalkan bagi kamu binatang
buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan
bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam
pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama
kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu
akan dihimpunkan. |
|
4 |
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci
perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan
Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan
tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur
sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang
kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang
terang nyata. |
|
5 |
Katakanlah: "Siapakah yang
menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika)
kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara
bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan
kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang
bersyukur". |
|
6 |
Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang
bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat
dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran
(Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui. |
|
7 |
Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami
menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan
ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. |
|
8 |
Dan Kami bawakan Bani Israil ke
sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang
sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani
Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala)
sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab:
"Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil. |
|
9 |
Dan bertanyalah kepada mereka (wahai
Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa
mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada
hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan
timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula
datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu)
kerana mereka sentiasa berlaku fasik. |
|
10 |
Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan
di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis
kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu
pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang
baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya
angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala
penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat
itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka
kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi
sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami
tetap menjadi orang-orang yang bersyukur". |
|
11 |
Dan Kami bawakan Bani Israil ke
seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya,
dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun
hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku
percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan
aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". |
|
12 |
Allah jualah yang menciptakan langit dan
bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu
buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan
kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan
perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat
darinya). |
|
13 |
Dan Dia lah yang memudahkan laut,
supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat
pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan
(selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya
kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. |
|
14 |
Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu
kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah
kurniaNya; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu. |
|
15 |
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut,
(pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang
kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat,
kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu
sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). |
|
16 |
Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak
memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut,
kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan
segala yang dirempuhnya, lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran
kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang
itu terhadap Kami? |
|
17 |
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan
anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai
kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada
mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan
selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. |
|
18 |
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa
berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku
sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus
bertahun-tahun". |
|
19 |
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat
pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu
ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong
di bawah tanah. |
|
20 |
Temannya berkata: "Tahukah apa yang
telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan
hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan
halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh
jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan". |
|
21 |
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh
orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan
tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang
raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. |
|
22 |
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah
semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku,
sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah
Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding
dengannya, sebagai bantuan". |
|
23 |
"Letakkanlah anakmu di dalam peti,
kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu
membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya;
dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang
terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. |
|
24 |
Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan
kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu)
keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukulah
air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi
mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada
ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam". |
|
25 |
Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama
dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh
air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang
sedahsyat-dahsyatnya. |
|
26 |
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah
memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga)
kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula
menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya;
sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat
manusia. |
|
27 |
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya)
adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang
dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan
tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang
itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan
(ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang
peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh
sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). |
|
28 |
Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan
dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan
yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara
kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya. |
|
29 |
Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa:
"Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul)
maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu
menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung
yang besar. |
|
30 |
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi
tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya
dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah
menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan
(semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama
Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. |
|
31 |
Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada
kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan
Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya. |
|
32 |
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:"
Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya
mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan
pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami
akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami. |
|
33 |
Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama
tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah
bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. |
|
34 |
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab
dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya
dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan
bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami
tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya
mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. |
|
35 |
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan
oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). |
|
36 |
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi
menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu
kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis
Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. |
|
37 |
Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya
kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk
diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya?
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti
(untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi
sentiasa bersyukur. |
|
39 |
Dan tidaklah sama keadaan
dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan
dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan
(kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat
makan daging yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan
benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula
kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu
dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur. |
|
40 |
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah
kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju
merempuh lautan. |
|
41 |
Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan
angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya)
bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa
bersyukur. |
|
42 |
Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami
(dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan
mereka semuanya di laut (sehingga binasa). |
|
43 |
"Dan tinggalkanlah laut itu
dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu
itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)". |
|
44 |
Allah yang memudahkan laut bagi
kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan
supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu
bersyukur. |
|
45 |
Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun
bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut,
sedang ia berkeadaan tercela. |
|
46 |
Dan demi laut yang penuh tepu
(dengan kepanasan); - |
|
47 |
Ia biarkan air dua laut (yang
masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; |
|
48 |
Dari kedua laut itu, keluar
mutiara dan marjan; |
|
49 |
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang
belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; |
|
50 |
Dan apabila lautan meluap-luap
bercampur-baur; |
|
51 |
Dan apabila lautan pecah
bercampur-baur; |
No comments:
Post a Comment