|
POKOK |
|
|
1 |
Dan kami berfirman: "Wahai Adam!
Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu
hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah
kamu dari golongan orang-orang yang zalim". |
|
2 |
Adakah seseorang di antara kamu suka
mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu
segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu
yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api
sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). |
|
3 |
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan
isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa
sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini,
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang
zalim". |
|
4 |
Setelah itu maka Syaitan membisikkan
(hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka
akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil
ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada
(menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu
berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal
(selama-lamanya di dalam Syurga)". |
|
5 |
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan
mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan
(buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan
mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka
menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua
dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu
adalah musuh kamu yang nyata?" |
|
6 |
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia
hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah
dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh
manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan
pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna
dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni),
dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman
serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya
dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia
hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami
menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu
berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). |
|
7 |
Dia lah yang menurunkan hujan dari langit;
sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan
tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan
binatang-binatang ternak: makan padanya. |
|
8 |
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab
hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma)
serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang
demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum
yang mahu berfikir. |
|
9 |
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan
di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan
oleh manusia. |
|
10 |
Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu
(wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan
ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam
Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian
bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat
di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran)
maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang
melampau. |
|
11 |
Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu,
agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah
kamu akan Daku. |
|
12 |
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala
yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya
termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang,
dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar
dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab
(disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang
dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat
memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. |
|
13 |
Dan (Kami juga menumbuhkan untuk
kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang
mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan. |
|
14 |
Allah yang menerangi langit dan bumi.
Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai
sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk
kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang
bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak
dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun
yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa
turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir
minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana
jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian
bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya.
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan
peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan
berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. |
|
Manakah yang
lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? |
|
|
16 |
Sesungguhnya
Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang
zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). |
|
Dan Kami
tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar. |
|
|
18 |
(Ingatlah),
sesungguhnya pokok Zaqqum, - |
|
19 |
Dan juga Kami
telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami
tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan
biji-bijian yang dituai; |
|
20 |
Dan pokok-pokok pisang
yang tersusun rapi buahnya, |
|
21 |
Tetap akan
memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok,
iaitu pokok zaqqum, "Maka
kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, |
|
22 |
Kamukah yang
menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya? |
|
23 |
Serta
kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya? |
|
24 |
Tiada makanan
bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri, (Al-Ghaasyiyah 88:6) |
|
25 |
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan,
dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta
hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: |
|
Kemudian
apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk
melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan
keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada
bencana kerosakan. |
|
|
27 |
Dihiaskan (dan
dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak
bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi
terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.
Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah
ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). |
|
28 |
Bandingan apa
yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal
yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang
menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu
membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi
merekalah yang menganiaya diri sendiri. |
|
29 |
Dan Dia lah
yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu
segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan
daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula
dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari
pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan
buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari
anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan
rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila
ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. |
|
30 |
Dan mereka
(orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan
binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh Allah itu, sebahagian bagi
Allah (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka), lalu mereka
berkata: Ini untuk Allah - menurut anggapan mereka - dan ini untuk
berhala-berhala kami." Kemudian apa yang telah ditentukan untuk
berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka
tidak membelanjakannya pada jalan Allah), dan apa yang telah ditentukan untuk
Allah, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka
membelanjakannya pada jalan itu). Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan
itu. |
|
31 |
Dan mereka
berkata lagi: "Ini adalah binatang-binatang ternak
dan tanaman-tanaman yang dilarang, yang tidak boleh seorang pun
memakannya kecuali sesiapa yang kami kehendaki", - menurut anggapan
mereka; dan (sejenis lagi) binatang-binatang ternak yang dilarang
menunggangnya; dan (sejenis lagi) binatang-binatang ternak yang tidak mereka
sebutkan nama Allah ketika menyembelihnya; (semuanya itu mereka lakukan
dengan) berdusta terhadap Allah. Allah akan membalas mereka disebabkan apa
yang mereka telah ada-adakan itu. |
|
32 |
Dan Dia lah
(Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang
menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar
(kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan)
rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya)
dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan
keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan
janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan);
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau. |
|
33 |
Dan negeri yang baik
(tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan
negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan
dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan
dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu)
bersyukur. |
|
34 |
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia
hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah
dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang
dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan
(pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu
lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang
berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat
berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah
perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang
hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum
itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi
kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). |
|
35 |
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang
berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur,
dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang
berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan
Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa,
dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya. |
|
36 |
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku
telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah
Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang
diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ)
supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh
itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka,
(supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka
dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka
bersyukur. |
|
37 |
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab
hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma)
serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang
demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum
yang mahu berfikir. |
|
38 |
Dan berikanlah kepada mereka satu contoh:
Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun
anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta
Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. |
|
39 |
Dan segala tanaman serta
hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua
tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah
dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh
junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau
aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!" |
|
40 |
Dan kemukakanlah kepada mereka misal
perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari
langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama
lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia
kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. |
|
41 |
(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi
bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya
jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka
Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan
yang berlainan keadaannya. |
|
42 |
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan
Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum
mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya
pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan
hukuman mereka. |
|
43 |
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh
syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat),
maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami
telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian
dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan
kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian)
kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula
menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami
rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami
mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga
sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang
dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan
umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan
sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi);
Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan
menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup
tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan
berjenis-jenis tanaman yang indah permai. |
|
44 |
Dan Kami jadikan (Nabi lsa) ibni Maryam
serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat) dan Kami telah menempatkan
keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal yang ada tanaman dan mata
air yang mengalir. |
|
45 |
Masihkah mereka berdegil dan tidak
memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai
jenis tanaman yang memberi banyak manfaat? |
|
46 |
"Dan
kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah
mayangnya halus lembut? |
|
47 |
Bahkan siapakah yang telah mencipta langit
dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan
dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur)
dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan
pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!)
bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran
(tauhid). |
|
48 |
Dan mereka (yang kafir) berkata: "Kalau
kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami dengan
serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang
menentang)". Mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah kami telah
melindungi mereka dan menjadikan
tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya
hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi
Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka
tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur). |
|
49 |
Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan
rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya
(dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah
yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang
yang telah mati. Dan (ingatlah) Ia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
|
50 |
Dan demi sesungguhnya, jika Kami hantarkan
angin (menyerang tanaman) lalu mereka melihat tanaman itu
menjadi kuning kering, nescaya mereka sesudah itu, terus kembali kufur (tidak
mengenangkan nikmat-nikmat Allah serta berputus asa). |
|
51 |
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang
sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang
yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan
padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu
Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak
manfaat. |
|
52 |
Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat
dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke
bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan
itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang
ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati
(semuanya itu supaya taat dan bersyukur)? |
|
53 |
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah
menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di
bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang
berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak
segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya
berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala
yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang
berakal sempurna. |
|
54 |
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,
engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila
Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta
suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu
berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Ia Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
|
55 |
Dan juga berbagai
jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia, |
|
56 |
Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana)
Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang
yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai
jenis tanaman yang indah subur? |
|
57 |
Dan juga Kami telah menurunkan dari langit
air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu
pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai; |
|
58 |
Kedua-duanya menghijau
subur tanamannya; Kalau Kami
kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur
(sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan
menyesal, |
|
59 |
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan
dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata)
permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang),
juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan
kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan
harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti
hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan
penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya,
kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu),
selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur
bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang
berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia
itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan
bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan
dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. |
|
60 |
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan
banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu
kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang
mengalir di dalamnya). |
No comments:
Post a Comment