|
SALAM SEJAHTERA |
|
|
1 |
Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka)
ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas
tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal
tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda
masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam,
katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada
kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin
sangat memasukinya. |
|
2 |
Dan sesungguhnya telah datang malaikat
utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang
mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata:
"Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim
menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu". Maka tidak
berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu
yang dipanggang. |
|
3 |
Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan
kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam"
(selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan
yang mulia. |
|
4 |
|
|
5 |
(Mereka juga beroleh)
ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. |
|
6 |
|
|
7 |
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan
mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka
sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya
mengalu-alukan mereka dengan
kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah
kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di
dalamnya" (mereka pun masuk) - |
|
8 |
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu
memberi salam dengan berkata:
"Salam sejahtera kepadamu!" Ia
menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata
dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. |
No comments:
Post a Comment