|
Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada
Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana
(sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab:
"Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu) itu ialah
seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda,
pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepada kamu melakukannya".Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada
Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?"
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa
(lembu) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua
warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya". |
|
|
2 |
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah
berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu)
ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah
(sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram
tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka
berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya
yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang
tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah)
itu. |
|
3 |
Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi
segala binatang yang berkuku, dan dari lembu dan kambing pula Kami
haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya
atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya, atau yang bercampur dengan tulang.
Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka; dan
sesungguhnya Kamilah yang benar. |
|
4 |
Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata:
"Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk
dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh
tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai
ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini,
kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi". |
|
5 |
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf,
berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)!
tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh
ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang
kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi
yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang
mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". |
No comments:
Post a Comment