|
ISTIFAR |
|
|
1 |
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam
menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan
hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan
orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang
beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. |
|
2 |
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan
perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah
lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak
ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). |
|
3 |
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun
melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika
menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu lalu memohon ampun kepada
Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka,
tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. |
|
4 |
Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada
Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. |
|
5 |
Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat
kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar
keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan
seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
6 |
"Sesungguhnya ada sepuak diri
hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: `
Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami
serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik
Pemberi rahmat '. |
|
7 |
Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat
yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman
kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman
(dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi
segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang
bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. |
|
8 |
Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah
atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk
bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang
benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya
serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi.
Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. |
|
9 |
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar)
pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). |
|
10 |
Katanya (Nabi Sulaiman) : " Wahai
Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan
(yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian
daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ". |
|
11 |
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai
Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah
kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari
segala yang lain mengasihani". |
|
12 |
… Engkau jualah Pelindung kami; oleh
itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau
jualah sebaik-baik Pemberi ampun. |
|
13 |
Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai
Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh
itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka
Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah
jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
14 |
"Wahai
Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi
sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi
sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman);
dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan
kebinasaan!" |
|
15 |
dan hendaklah kamu meminta ampun kepada
Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian),
niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai
kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap
orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling,
maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat. (Hud 11:3) |
|
16 |
sesungguhnya kami amat menginginkan bahwa
Tuhan kami akan mengampuni kesalahan kami, karena kami adalah orang-orang
yang pertama-tama beriman". (Asy Syuara 26:51) |
|
17 |
Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat
lagi keras hukuman-Nya. Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nya-lah kembali (semua makhluk). (Al-Ghafir 40:3) |
|
18 |
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan
mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (An Nasr 110: 3) |
|
19 |
Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri
kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada
kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. (Al-A’raf: 23) |
|
20 |
Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung
kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui
(hakekat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak)
menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang
merugi (Hud: 47) |
|
21 |
Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Baqarah: 128) |
|
22 |
Dan ampunilah kami ya Tuhan kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Mumtahanah: 5) |
|
23 |
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika
ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia
menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan;
(setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam
keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan
(yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang yang menganiaya diri sendiri". |
No comments:
Post a Comment