|
MANUSIA |
|
|
1 |
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala
tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga
serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. |
|
2 |
Dan sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada
umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. |
|
3 |
Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman
atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi,
yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak
meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. |
|
4 |
Dan janganlah mereka (yang ingkar) dapat
menghalangmu (daripada menyampaikan dan beramal dengan) ayat-ayat Allah
sesudah ia diturunkan kepadamu; dan serulah manusia kepada (agama)
Tuhanmu; dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang
musyrik. |
|
5 |
Patutkah manusia menyangka bahawa
mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang
mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? |
|
6 |
Dan Kami wajibkan manusia berbuat
baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya
engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.
Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan
kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. |
|
7 |
Dan ada sebahagian
dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah";
kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan
gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia
taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi
kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah
sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah
lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? |
|
8 |
Dan misal-misal perbandingan yang demikian
itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang
berilmu yang dapat memahaminya. |
|
9 |
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak
pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya). |
|
10 |
Patutkah mereka merasa cukup dengan
mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka,
(supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan
bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada
gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga
untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di
antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan
Tuhannya. |
|
11 |
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari
tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu
menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. |
|
12 |
(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka
hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu) ke arah agama yang jauh
dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya)
untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah
itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui. |
|
13 |
Dan apabila manusia disentuh oleh
sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk
kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai
sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan
sesuatu yang lain dengan Tuhannya; |
|
14 |
Dan apabila Kami
beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya
(sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan
apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka
berputus asa. |
|
15 |
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian
atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan
harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah
(tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang
kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka
mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala
berganda-ganda. |
|
16 |
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh
tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). |
|
17 |
(Jika demikian keadaannya) maka hadapkanlah
dirimu ke arah agama yang betul, sebelum datangnya dari Allah: hari yang tak
dapat ditolak; pada hari itu manusia akan berpecah (kepada dua
golongan). |
|
18 |
Dan demi sesungguhnya, Kami telah
mengemukakan kepada umat manusia berbagai kisah dan perbandingan di
dalam Al-Quran ini; dan demi sesungguhnya jika engkau membawa kepada mereka
sebarang keterangan, sudah tentu orang-orang kafir itu akan berkata:
"Kamu ini tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat dakwaan
palsu". |
|
19 |
Dan ada di antara manusia: orang yang
memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara
hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai)
dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula
orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah
orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. |
|
20 |
Dan Kami wajibkan manusia berbuat
baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada
Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). |
|
21 |
"Dan janganlah engkau memalingkan
mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau
berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. |
|
22 |
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah
telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di
bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang
batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah
mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan
atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang
menerangi kebenaran. |
|
23 |
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal
menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu
hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti
(mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. |
|
24 |
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah
kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang
ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang
anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa
masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka
janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu
diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani
melanggar perintah Allah. |
|
25 |
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala
berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah
petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan
ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap
seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia,
supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa
dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua
jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk
beriman dan beramal soleh)". |
|
26 |
Dan juga sebagai penyeru
(umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang
diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi. |
|
27 |
Manusia bertanya kepadamu tentang
kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan
mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat
mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi. |
|
28 |
Sesungguhnya Kami telah kemukakan
tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk
memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);
dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya)
sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula
membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. |
|
29 |
Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan untuk
umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira
(kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang
yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(hakikat itu). |
|
30 |
Katakanlah : "Sesungguhnya Tuhanku
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang
menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). |
|
31 |
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh
Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya;
dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat
melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana. |
|
32 |
Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat
Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang
menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari
langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela
dipalingkan (dari menyembahnya)? |
|
33 |
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji
Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan
oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi
sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan
(kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). |
|
34 |
Dan Allah jualah yang menghantarkan angin,
lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri
yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya
dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula
kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati). |
|
35 |
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya,
maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah
(dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha
Terpuji. |
|
36 |
Dan demikian pula di
antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta
binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya
yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan
hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Pengampun. |
|
37 |
Dan kalaulah Allah mengirakan
kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal
jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di
muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak
dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu
masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan
membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa
Melihat keadaan hamba-hambaNya. |
|
38 |
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini
tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha
Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu
ini tidak lain hanyalah berdusta". |
|
39 |
Tidakkah manusia itu melihat dan
mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam
pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka
dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas
bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang
mati), |
|
40 |
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai
bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya)
- berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan
mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang
tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. |
No comments:
Post a Comment