|
MANUSIA |
|
|
1 |
Telah hampir datangnya
kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam
kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. |
|
2 |
Dengan keadaan hati mereka leka daripada
memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu,
berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: "Bukankah ini hanyalah
seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir
mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui
karutnya?" |
|
3 |
Dan Kami tidak menjadikan
seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka
kalau engkau meninggal dunia, adakah mereka akan hidup selama-lamanya? |
|
4 |
Jenis manusia dijadikan bertabiat
terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu
tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan
(kedatangannya). |
|
5 |
Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi
Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia. |
|
6 |
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan,
yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan
Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang,
serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami. |
|
7 |
(Kebanyakan manusia masih
berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka
semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan). |
|
8 |
Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada
Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. |
|
9 |
Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa
yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang
disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang
dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka
sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. |
|
10 |
Dan ada di antara manusia yang
membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak
berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah
sebati dengan kejahatan. |
|
11 |
Wahai umat manusia, sekiranya kamu
menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari
kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana
sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air
benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang
disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara
yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami);
dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa
yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian
Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga
sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang
dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan
umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan
sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi);
Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan
menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup
tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis
tanaman yang indah permai. |
|
12 |
Dan ada di antara manusia yang
membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak
berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan,
dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran; |
|
13 |
Dan ada di antara manusia yang
menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia
beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia
ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya).
(Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang
terang nyata. |
|
14 |
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala
yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya
termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan
pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar
dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak
ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa
yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat
memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. |
|
15 |
Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang
yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama
Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia
tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) - sama
ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang
berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang
zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya. |
|
16 |
"Dan serukanlah
umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan
datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang
berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk
rantau) yang jauh. |
|
17 |
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya
dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir)
semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan
kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang
pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan
serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum
Yahudi), dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah
banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang
menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha
Kuasa; - |
|
18 |
Katakanlah : "Wahai
sekalian manusia, aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran
yang menjelaskan keterangan-keterangan kepada kamu". |
|
19 |
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah
memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga)
kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan
langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya
Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia. |
|
20 |
Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian
Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula.
Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur. |
|
21 |
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu
syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah
ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah
umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau
adalah berada di atas jalan yang lurus. |
|
22 |
Wahai umat manusia, inilah diberikan
satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan
bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain
dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun
mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil
sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.
(Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan
lemah yang diminta (daripada menunaikannya). |
|
23 |
Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat
dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. |
|
24 |
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan
jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan
suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan
dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan
kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran)
ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah
kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian
sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi
pertolongan. |
|
25 |
Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; |
|
26 |
Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya
berkata (sesama sendiri)): "Orang ini hanyalah
seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan
dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang
Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah
mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu. |
|
27 |
Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua
dari kaumnya yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat, dan yang
Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri)
"Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan
dari apa yang kamu makan, dan meminum dari apa yang kamu minum. |
|
28 |
"Dan demi sesungguhnya, jika kamu
taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat
demikian, menjadi orang-orang yang rugi. |
|
29 |
Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya):
"Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang
kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita?" |
|
30 |
Allah yang menerangi langit dan bumi.
Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai
sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk
kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang
bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak
manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa
naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada
matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan
cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran
nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda):
cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah
mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. |
|
31 |
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang
menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui
keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari
umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada
mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
akan tiap tiap sesuatu. |
|
32 |
Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul
ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang
lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut
memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang
membenarkannya). |
|
33 |
Maka (dikatakan pula kepada golongan itu):
"Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan
dakwaan kamu (bahawa mereka yang menyesatkan kamu). Oleh itu, kamu semua
tidak akan dapat menjauhkan azab seksa atau beroleh sebarang
pertolongan". Dan sesiapa yang berlaku zalim di antara kamu (wahai umat manusia,
dengan kekufuran atau maksiat), Kami akan merasakannya azab seksa yang besar. |
|
34 |
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan
daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan
adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan
dia sahabat karibnya)". |
|
35 |
Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika
mereka mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami
jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan
Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. |
|
36 |
Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang
mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk
Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai. |
|
37 |
Dan demi sesungguhnya! Kami telah
berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di
antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku
serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan
berlaku kufur. |
|
38 |
Dan Dia lah Tuhan yang
menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan
baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa
(menciptakan apa jua yang dikehendakiNya). |
|
39 |
"Engkau hanyalah
seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda
(mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar". |
|
40 |
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis
dengan lelaki dari kalangan manusia, |
No comments:
Post a Comment