|
MANUSIA |
|
|
1 |
Dan apabila Kami
beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu
kesusahan, mereka dengan serta-merta melakukan rancangan mereka menentang
ayat-ayat keterangan Kami dengan mendustakannya dan mengingkarinya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah lebih cepat melakukan rancangan
menentangnya!" Sesungguhnya malaikat-malaikat utusan Kami sentiasa
menulis akan rancangan tipu daya yang kamu jalankan itu. |
|
2 |
Kemudian bila sahaja Allah selamatkan
mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan
tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya
perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu
sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia
(bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami
akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan. |
|
3 |
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia
hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah
dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan
oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan
(pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu
lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang
berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat
berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah
perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang
hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum
itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi
kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). |
|
4 |
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan
sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat
sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus
(yang selamat itu). |
|
5 |
Sesungguhnya Allah tidak
menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah
yang menganiaya diri mereka sendiri. |
|
6 |
Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di
langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah
itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. |
|
7 |
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah
datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu,
dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada
kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang-orang yang beriman. |
|
8 |
Dan apakah sangkaan orang-orang yang
mengada-adakan kata-kata dusta terhadap Allah, (tidakkah mereka akan
diazabkan) hari kiamat kelak? Sebenarnya Allah jualah yang melimpahkan kurnia
kepada manusia (meliputi rezeki pemberianNya dan hukum-hukum Syarak
yang diturunkanNya), tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. |
|
9 |
"Maka pada hari ini, Kami biarkan
engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada
ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu
(supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya
kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan)
tanda-tanda kekuasaan Kami!". |
|
10 |
Dan (bukanlah tanggungjawabmu menjadikan
seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya
berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau
bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan
tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak
memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? |
|
11 |
Katakanlah : "Wahai
sekalian manusia! Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran agamaku,
maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya
yang lain dari Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan
kamu (untuk menerima balasan); dan aku diperintahkan supaya menjadi dari
golongan yang beriman. |
|
12 |
Katakanlah : "Wahai
sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari
Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman
kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya
sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu
tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang
menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu". |
|
13 |
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami
rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami
tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi
amat tidak bersyukur. (Hud 11:9) |
|
14 |
Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan
orang-orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari
(benda-benda yang diciptakan oleh) Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci
Al-Quran memberi kenyataan - sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti
yang tersebut; dan sebelum itu, kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi
Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya)? Orang-orang yang
berkeadaan demikian, mengakui - menerima Al-Quran; dan sesiapa ingkar akan
Al-Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir, maka nerakalah dijanjikan
menjadi tempatnya. Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh
perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah
perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak
percaya kepadanya. |
|
15 |
Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan
timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan
benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana
kerosakan di muka bumi. |
|
16 |
Sesungguhnya pada kejadian yang demikian,
ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab
akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang
demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk. |
|
17 |
Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Ia
menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi
Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus
berselisihan. |
|
18 |
Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat
oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah)); dan untuk (perselisihan
dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian
sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka
jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)". |
|
19 |
Bapanya berkata:" Wahai anakku!
Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku
khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu.
Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. |
|
20 |
Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri
Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah
dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita
jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan
Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami
mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan
segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui. |
|
21 |
"Dan aku menurut agama bapa dan datuk
nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita
mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah
hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia.
Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. |
|
22 |
Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah,
hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah
tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum
(yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya
kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. |
|
23 |
"Dan tiadalah aku berani membersihkan
diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan
kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka
terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani." |
|
24 |
Dan ketika mereka masuk menurut arah yang
diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan
mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang
demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub.
Dan sesungguhnya ia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan
perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(akan rahsia takdir Tuhan). |
|
25 |
Dan kebanyakan manusia tidak akan
beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman). |
|
26 |
Padahal engkau tidak meminta kepada mereka
sebarang upah tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain
hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi
umat manusia seluruhnya. |
|
27 |
Katakanlah : "Inilah jalanku, aku dan
orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama
Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku
menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan
bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang
lain." |
|
28 |
Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu
melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada
mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak
mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang
kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat
lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu
(wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? |
|
29 |
Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat
Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar; tetapi
kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. |
|
30 |
Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan
kedatangan perkara buruk (azab yang dijanjikan) sebelum mereka memohon
kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku sebelum mereka
peristiwa-peristiwa azab yang telah menimpa orang-orang yang kafir seperti
mereka. dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu Amat melimpah keampunanNya
bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka, dan
sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabNya (terhadap golongan
yang tetap ingkar). |
|
31 |
Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu
membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang
ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih
yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk
dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih
seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara
yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia
hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah
kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah
menerangkan misal-misal perbandingan. |
|
32 |
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan
tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan
"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. |
|
33 |
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang
dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan
sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan
sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan
kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi
lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala
urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui
bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya,
(lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu
(dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri
atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat
yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar
kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya);
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. |
|
34 |
Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab,
mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu dan di antara beberapa kumpulan dari
orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah:
"Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan supaya
aku tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain: kepadaNyalah aku
menyeru (manusia semuanya untuk menyembahNya), dan kepadaNyalah tempat
kembaliku (dan kamu semuanya untuk menerima balasan)". |
|
35 |
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran)
Kami turunkan dia kepadamu , supaya engkau mengeluarkan
umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman
- dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha
Terpuji. |
|
36 |
Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih
daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah,
serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah
orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. |
|
37 |
Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah
berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit
dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu
dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang
tertentu. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti
kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah
disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang
jelas nyata". |
|
38 |
Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka:
"Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga,
tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari
hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti
(mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada
Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. |
|
39 |
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa
dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu
untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). |
|
40 |
Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi
Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah:
"Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya
kesudahan kamu ke neraka". |
No comments:
Post a Comment