|
MANUSIA |
|
|
1 |
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian
dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat
Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.
Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu
pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. |
|
2 |
Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah
menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang
menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari
golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku),
maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia
insaf dan bertaubat). |
|
3 |
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku
telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah
Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan
mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka
mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu,
jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada
mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada
mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka
bersyukur. |
|
4 |
Dan berilah amaran
kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat
yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang
yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami,
(kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu
masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan
mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh
Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan
kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat
demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu,
bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? |
|
5 |
(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan
yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar
berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. |
|
6 |
(Al-Quran) ini disampaikan
kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat
dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut
di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya
orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. |
|
7 |
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu
berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari
tanah kental yang berubah warna dan baunya. |
|
8 |
Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud
kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya". |
|
9 |
Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan
perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang
layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah
kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan
Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku". |
|
10 |
Ia menciptakan manusia dari air
benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang
pembantah yang terang jelas bantahannya. |
|
11 |
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah
dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): "Allah tidak akan
membangkitkan semula orang-orang yang telah mati". (Itu tidak benar),
bahkan janji Allah membangkitkan orang-orang yang telah mati) tetap benar;
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. |
|
12 |
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa
keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka)
dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu
Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan
apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. |
|
13 |
Dan kalaulah Allah
menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak
membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia
memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian
apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta
dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan. |
|
14 |
Dan kalaulah Allah
menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak
membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia
memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian
apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta
dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan. |
|
15 |
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok
kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. |
|
16 |
Kemudian makanlah dari segala jenis
bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan
peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan
itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan
warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda
(yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. |
|
17 |
Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu
sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan
menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang
benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu
menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan
azab yang besar (di akhirat kelak). |
|
18 |
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui,
bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh
seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan
tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab
yang fasih nyata. |
|
19 |
Dan manusia berdoa dengan (memohon
supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan,
dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. |
|
20 |
Dan tiap-tiap seorang manusia Kami
kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan
keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka
(untuk di tatapnya). |
|
21 |
Dan janganlah kamu membunuh diri
seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali
dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka
sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam
pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana
sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum
Syarak). |
|
22 |
Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu (yang
beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada
orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa
menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya
Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. |
|
23 |
Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan
kepadamu, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan
ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam
Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian
bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di
dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran)
maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang
melampau. |
|
24 |
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut,
(pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang
kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat,
kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu
sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). |
|
25 |
(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap
kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan
Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan
sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik)
sedikitpun. |
|
26 |
Dan apabila Kami kurniakan nikmat
kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur);
dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa. |
|
27 |
Katakanlah: "Sesungguhnya jika
sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan
mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat
dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu
sesama sendiri". |
|
28 |
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan
berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan
berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada
itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran. |
|
29 |
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah
rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami
tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau
turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya".
Katakanlah:" Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya
seorang manusia yang menjadi Rasul? |
|
30 |
Dan tiadalah yang menghalang orang-orang
musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk,
melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul,
sehingga) mereka berkata dengan hairan: "Patutkah Allah mengutus
seorang manusia menjadi Rasul?" |
|
31 |
Katakanlah : "jika kamu memiliki
perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku
bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu
bertabiat bakhil kedekut". |
|
32 |
Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan
supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang;
dan Kami menurunkannya beransur-ansur. |
|
33 |
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan
dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia,
dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu,
sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. |
|
34 |
Dan tiada yang
menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk
Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka,
melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab
yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab
yang dilihat dan dihadapi. |
|
35 |
Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu
hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan
pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan
janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada
Tuhannya". |
|
36 |
"Maka makanlah dan minumlah serta
bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau
melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar
diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian)
maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari
kalangan manusia pada hari ini". |
|
37 |
Dan berilah amaran kepada
umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari
diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar)
di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman. |
|
38 |
Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat
Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam
kalangan umat manusia. |
|
39 |
Dan manusia (yang kafir) berkata:
"Apa! Apabila aku mati, adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?" Patutkah manusia itu berkata demikian
dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada
masa itu belum ada sebarang apapun? |
|
40 |
Demikianlah Kami ceritakan kepadamu , sebahagian
dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya
Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang
menjadi) peringatan. |
No comments:
Post a Comment