|
BURUNG |
|
|
1 |
Dan (ingatlah)
ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah
kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah
berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi
Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku
memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin
menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat
ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya).
Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya.
Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang
kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana. |
|
2 |
Dan (akan
melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan
kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan
membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk
kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya
lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah;
dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku
boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga
aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang
kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu,
mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran
bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu
orang-orang yang (mahu) beriman. |
|
3 |
Kemudian Allah
hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi
supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat
saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta
bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini,
supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia
dari golongan orang-orang yang menyesal. |
|
4 |
Dan tidak
seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor
pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka
umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab
Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan). |
|
5 |
Dan
masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di
antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku
bermimpi melihat diriku memerah anggur ". Dan berkata pula yang seorang
lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas
kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian
keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya.
Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk
umum)". |
|
6 |
"Wahai
sahabatku berdua yang sepenjara! (Takbir mimpi kamu itu ialah): adapun salah
seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya. Ada pun
yang seorang lagi, maka ia akan dipalang, serta burung pula akan
makan dari kepalanya. Telah selesailah (dan tetaplah berlakunya) perkara yang
kamu tanyakan itu". |
|
7 |
Tidakkah
mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang
melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan
Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan
kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. |
|
8 |
(Amalkanlah
perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak
mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan
sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu
disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh
(yang membinasakan). |
|
9 |
Tidakkah
engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa
bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi
serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing
sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan
ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang
mereka lakukan. |
|
10 |
Dan Nabi
Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah
itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar
mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba
sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian
ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata". |
|
11 |
Dan
dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia
serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan
masing-masing. |
|
12 |
Dan
(setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut
serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak
melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? |
|
13 |
Burung belatuk
itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi
Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang
engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba'
dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. |
|
14 |
Dan demi
sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami
(sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap
tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan
wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!"
Dan juga telah melembutkan besi baginya; |
|
15 |
Serta
daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. |
|
16 |
Patutkah
mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah
pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang
menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan
sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan)
Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu. |
|
17 |
Dan Ia
telah menghantarkan kepada mereka
(rombongan) burung berpasuk-pasukan, - |
No comments:
Post a Comment