|
DOA NABI |
|
|
1 |
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar
kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku,
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan
kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh
yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam
kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". |
|
2 |
Ia (Nabi Musa) merayu (dengan sesalnya):
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu
ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala
menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
3 |
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan
kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak
mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami
dari orang-orang yang rugi". |
|
4 |
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub,
ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya
aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada
segala (yang lain) yang mengasihani".Maka Kami perkenankan doa
permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami
kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu
rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat
kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). |
|
5 |
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai
Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan
mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan
lepaskanlah simpulan dari lidahku, ""Supaya
mereka faham perkataanku; |
|
6 |
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau
telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan
mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan
langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat;
sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah
daku dengan orang-orang yang soleh". |
|
7 |
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang
yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai
Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. |
|
8 |
Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban
kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa
permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan
kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan
isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari
sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi
keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang
diredhai serta disukai". |
|
9 |
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika
ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia
menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan;
(setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam
keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan
(yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang yang menganiaya diri sendiri". |
|
10 |
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim
berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah)
ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis
buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu
itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia
bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku
memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk
tempat kembali". |
|
11 |
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim
bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak)
Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; |
|
12 |
Ketika itu Nabi Zakaria
berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah
kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan". |
|
13 |
Nabi Musa berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah
kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari
segala yang lain mengasihani". |
|
14 |
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim
berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini
negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan
menyembah berhala. |
|
15 |
(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku,
selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang
dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu." |
|
16 |
(Setelah itu) dikatakan kepadanya:
"Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia
melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun
menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata:
"Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari
kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan
bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman,
kepada Allah Tuhan sekalian alam ". |
|
17 |
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba
Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan
berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya
semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". |
|
18 |
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada
bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan
yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar):
"Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang
kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan)
kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara
kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah
semata-mata", tetapi janganlah dicontohi
perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan
memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab
seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai
orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan
pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir,
dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami
berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada
Engkaulah jua tempat kembali! |
|
19 |
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata
kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina".
Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini
permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah
daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan
sesuatu yang tidak patut)". |
No comments:
Post a Comment