|
BABI |
|
|
1 |
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada
kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang
yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana
darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada
kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
2 |
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai
(binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan
daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang
disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati
dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk,
dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih
(sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan
(diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir
telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu. Sebab itu
janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu
takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu
agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah
redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa
kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak
cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
3 |
Katakanlah : "Aku tidak dapati dalam
apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang
hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang
mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor -
atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas
nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya
kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka
sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
4 |
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada
kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang
disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana
darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar
benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
No comments:
Post a Comment