|
MATAHARI |
|
|
1 |
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai
Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan
sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa
pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang
menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh
menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi:
"Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu
terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu
diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada
kaum yang zalim. |
|
2 |
Kemudian apabila dia
melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah
dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar".
Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku,
sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah
dengannya). |
|
3 |
Allah jualah Yang membelah cahaya subuh
(yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat,
dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut
peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Mengetahui. |
|
4 |
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy;
Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih
berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta
bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah
jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan
pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. |
|
5 |
Dia lah yang
menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan
bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu
(berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu
dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan
semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah
menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum
yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). |
|
6 |
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf
berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat
sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk
memberi hormat kepadaku". |
|
7 |
Allah jualah yang menjadikan langit
terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya,
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia
memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)
tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan.
Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda
kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu
(untuk menerima balasan). |
|
8 |
Dan Ia juga yang
menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan
kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. |
|
9 |
Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan
suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. |
|
10 |
Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang,
dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan
perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang
mahu memahaminya. |
|
11 |
Dan engkau akan
melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka;
dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka
berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda
(yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh
Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang
disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong
yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. |
|
12 |
Sehingga apabila ia sampai ke
daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair
yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar).
Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain!
Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara
baik terhadap mereka". |
|
13 |
Sehingga apabila ia sampai di
daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum
yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. |
|
14 |
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai
Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji
Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan
beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang;
supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan). |
|
15 |
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala
yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya
termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan
gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian
besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa
azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang
dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat
memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. |
|
16 |
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? -
bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan
jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak
berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang
menunjukkan perubahan bayang-bayang itu; |
|
17 |
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di
langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan
padanya matahari serta bulan yang menerangi. |
|
18 |
Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar
mereka ketika matahari terbit. |
|
19 |
"Aku dapati raja perempuan itu dan
kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah
Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan
(syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka
tidak beroleh petunjuk, - |
|
20 |
Allah jua yang memasukkan malam pada siang
dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia yang memudahkan
peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar
untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah
Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu
sembah - yang lain dari Allah - tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis
selaput biji kurma. |
|
21 |
(Dengan ketentuan yang
demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam
pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung
di tempat edarannya masing-masing. |
|
22 |
Sesungguhnya Kami telah mudahkan
gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya (Nabi Daud
As) ; pada waktu petang dan ketika terbit matahari. |
|
23 |
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada
faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang
(dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya);
dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, -
tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan.
Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. |
|
24 |
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah
malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud
kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan
sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau
betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. |
|
25 |
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan
apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah
sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan
sebelum matahari terbenam. |
|
26 |
"Dan Ia menjadikan padanya bulan
sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang
terang-benderang), |
|
27 |
Dan matahari serta bulan
dihimpunkan bersama, |
|
28 |
Mereka berehat di dalam Syurga dengan
berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ
adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai
suasana yang terlampau sejuk; |
|
29 |
Dan Kami telah
mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? |
|
30 |
Apabila matahari dilingkari
cahayanya (dan hilang lenyap); |
|
31 |
Demi matahari dan cahayanya yang
terang-benderang; |
No comments:
Post a Comment