|
HUJAN |
|
|
Atau
(bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari
langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat
jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana
mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan
kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. |
|
|
2 |
Dia lah yang
menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala
isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya
air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu
berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu
mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa
Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). |
|
3 |
Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan
(pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang
bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang
Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di
bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis
binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada
kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada
semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan
akal fikiran. |
|
4 |
Wahai
orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan
perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya
pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak
menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada
tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu
ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya
orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu
(pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan
memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. |
|
5 |
Dan bandingan
orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan
kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka,
adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat,
lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak
ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup
untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang
kamu lakukan. |
|
6 |
Tidakkah mereka
memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan
sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka
di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada
kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami
jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan
mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka,
umat yang lain? |
|
7 |
Dan Dia lah
yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan
air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan
daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu
butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma),
dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai
dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah
delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.
Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan
kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. |
|
8 |
Dan Dia lah
(Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu
membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang
kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian
Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis
buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)
orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya). |
|
9 |
Dan Kami telah
menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu,
lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. |
|
10 |
(Ingatlah)
ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari
Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia
menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu
dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk
menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan
perjuangan). |
|
11 |
Sesungguhnya
bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami
turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di
bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk
dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga
apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan
bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa
mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya)
datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau
pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada
sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu
persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). |
|
12 |
Dan (setelah
binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan
berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari
curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta
terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di
atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya
bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". |
|
13 |
Dan wahai
kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya,
supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan
kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu
membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! |
|
14 |
"Kemudian
akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh
rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan
sebagainya)". |
|
15 |
Ia menurunkan
air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya)
menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian
banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang
dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang
diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal
perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka
akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah
kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan
misal-misal perbandingan. |
|
16 |
Allah jualah
yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit
lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi
makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan
kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan
sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). |
|
17 |
Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air
dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit,
kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa
menurunkannya atau) menyimpannya. |
|
18 |
Dia lah yang menurunkan hujan dari
langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi
menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan
binatang-binatang ternak: makan padanya. |
|
19 |
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu
tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan
juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi
satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. |
|
20 |
Dan Allah menurunkan hujan dari
langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah
matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang
membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan
memahaminya). |
|
21 |
(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi
bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan
lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka
Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang
berlainan keadaannya. |
|
22 |
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh
syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat),
maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami
telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian
dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan
kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian)
kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula
menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami
rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami
mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga
sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang
dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan
umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan
sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi);
Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami
menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan
tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia
pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. |
|
23 |
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah
menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur
(dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan
tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian
makhlukNya). |
|
24 |
Dan Kami turunkan hujan dari
langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di
bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. |
|
25 |
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah
mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan
kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis?
Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan
Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang
(awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada
sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang
dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian
keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. |
|
26 |
Dan Kami hujani mereka
dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah
buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. |
|
27 |
Bahkan siapakah yang telah mencipta langit
dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami
tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau
subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan
pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!)
bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran
(tauhid). |
|
28 |
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai
Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang
menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya
tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan
menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad):
"Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang
demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan
pengertian syirik). |
|
29 |
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya
dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari
panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia
menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya
dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk
memahamiNya. |
|
30 |
Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu
angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit
sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu
engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah
menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya,
mereka serta merta bergembira; |
|
31 |
Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum
diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah
berputus asa. |
|
32 |
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang
sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang
yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan
padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari
langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi
banyak manfaat. |
|
33 |
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang
tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan
yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu
yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan
diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang
dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. |
|
34 |
Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat
dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan
turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan
dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh
binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak
mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)? |
|
35 |
Dan Allah jualah yang menghantarkan angin,
lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri
yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya
dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia
(hidup semula sesudah mati). |
|
36 |
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah
menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan
air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di
antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong
putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang
hitam legam; |
|
37 |
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah
menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi
matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman
yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar
(hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa
kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang
tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal
sempurna. |
|
38 |
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,
engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka
apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya
serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah
tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Ia
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
|
Dan Dia lah
yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula
menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang
melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji. |
|
|
40 |
Dan (Dia lah)
yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami
hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya.
Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). |
|
41 |
Maka apabila
mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka,
mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada
kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata):
"Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya,
iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya; |
|
42 |
Maka Kami
bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah. |
|
43 |
Ketahuilah
bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup
yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah
di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta
berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad
waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang
menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang
tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi
hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab
yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia
itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan
bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan
dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. |
|
44 |
"(Sekiranya
kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat
mencurah-curah, kepada kamu; (Nuh 71:11) | |
|
45 |
"Dan
bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di
atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab
kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka. |
|
46 |
Sesungguhnya
kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. |
|
47 |
Demi langit
yang berulang-ulang mencurahkan hujan, |
No comments:
Post a Comment