|
SYURGA |
|
|
1 |
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka
akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8) |
|
2 |
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka
akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang
mereka telah kerjakan. (As-Sajdah 32: 19) |
|
3 |
(Balasan mereka ialah) Syurga - syurga " Adn ", yang
mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang
tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.
(Faatir 35:33) |
|
4 |
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke
dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku
mengetahui – (Yaasin 36:26) |
|
5 |
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan
sibuk leka menikmati kesenangan; (56) Mereka dengan pasangan-pasangan mereka
bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (56)
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka
beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (57) (Yaasin 36:55-57) |
|
6 |
Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis
nikmat. (As-Saaffaat 37:43) |
|
7 |
Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang
terbuka pintu-pintunya untuk mereka;( 50)
(Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas
pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai
jenisnya dan rasa kelazatannya. (51) Dan
di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada
mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (52) Inilah dia balasan yang
dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal! (53) (38:50-53) |
|
8 |
(Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di
atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai
jenisnya dan rasa kelazatannya. (51) Dan di sisi mereka pula
bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata),
lagi yang sebaya umurnya. (52). Inilah
dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal! (53) (Saad 38:51) |
|
9 |
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada
Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila
mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan
penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam
sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga
ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) –(73) Serta mereka
berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya
kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan
sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja
kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi
orang-orang yang beramal".(74) Dan (pada hari itu) engkau akan melihat
malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka,
serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan
keputusan itu dengan) mengucapkan: "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan
yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!" (75) (Az Zumar 39:73-75) |
|
10 |
"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga
"Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah
bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan
isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Mu’min 40:8) |
|
11 |
"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia
tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan
sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia
beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam
Syurga itu dengan tidak dihitung. (Al-Mu’min 40:40) |
|
12 |
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan
berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di
atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke
semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya
kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan
terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah
dijanjikan kepada kamu. (30) "Kamilah
penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu
akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta
kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (31)
(Fussilat 41:30-31) |
|
13 |
Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami
wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi
peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian
penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai
hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya;
(pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka. (Asy-Syura
42: 7) |
|
15 |
(Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim
takut ngeri (akan balasan buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah
lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang-orang yang
beriman serta beramal soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga;
mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian
itu ialah limpah kurnia yang besar. (Asy-Syura 42: 22) |
|
16 |
(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada
mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu
(yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan
kesenangan". (70) Diedarkan
kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam
Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang
indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal
di dalamnya" (71). Dan (dikatakan lagi kepada mereka):
"Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu
telah kerjakan". (72) "Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis
buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya". (73) (Az-Zukhuruf 43: 70) |
|
17 |
Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair
terpancar padanya, (52) Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus
dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan)
sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). (53) Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan
kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik
matanya.(54) Mereka meminta - di dalam Syurga itu
- tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman
sentosa. (55) Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada
mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari
azab neraka; (56) (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia
dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar. (57)
(Ad-Dukhaan 44:52-57) |
|
18 |
Merekalah ahli Syurga, tetap kekalah mereka di dalamnya, sebagai
balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (Al-Ahqaaf 46:14) |
|
19 |
Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti
itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang
mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan
dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar,
yang telah dijanjikan kepada mereka.(Al-Ahqaaf 46:16) |
|
20 |
Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan
dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka. (Muhammad 47:6) |
No comments:
Post a Comment