|
PUASA |
|
|
1 |
Wahai
orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. |
|
2 |
(Puasa yang
diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu
yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia
berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan
wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa
yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan
itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. |
|
3 |
(Masa yang
diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan
itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan
supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu
bersyukur. |
|
4 |
Dihalalkan
bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan
isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu
dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu
mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu.
Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah
ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata
kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam),
iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu
malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu
sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka
janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya
kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. |
|
5 |
Dan
sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu
dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram,
maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati;
dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang
Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu
sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur
rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah,
atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan
aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah,
(dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji,
(bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah
didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga
hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke
tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini
ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam
(Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah
bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar
perintahNya). |
|
6 |
Dan
tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang
lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin
dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan
memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah"
(denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati),
kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh
dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri
beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan)
memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh
dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia
di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda
ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang
beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan
dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut;
(hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat
(membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana. |
|
7 |
Kamu
tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan
sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran
dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang
sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi
pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang
tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga
hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu
bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu
bersyukur. |
|
8 |
Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan
ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya
dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama
dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua
orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah
(untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau
bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak
bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai
kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan
sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa. |
|
9 |
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta
orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta
orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta
orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta
orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta
orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri
(kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah),
dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang
bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang
perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya
serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang
lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan
yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar. |
|
10 |
Kemudian,
sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua
bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya
sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam
puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada
Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat
Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang
kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. |
No comments:
Post a Comment