|
AMAL KEBAJIKAN |
|
|
1 |
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke
pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada
Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian
Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, -
kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang
yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan
untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang
akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang
yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan
orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan
juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.
orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar
(beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang
bertaqwa. |
|
2 |
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah
sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan
ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah
ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa
yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah
memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. |
|
3 |
Mereka bertanya kepadamu mengenai (peredaran) anak-anak bulan.
Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu
(urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan:
kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya akan tetapi kebajikan itu
ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui
pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." |
|
4 |
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan
kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu
sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah
mengetahuinya. |
|
5 |
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. |
|
6 |
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka
mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat
pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan
orang-orang yang bertaqwa. |
|
7 |
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang)
sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu
amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari
sisiNya, pahala yang amat besar. |
|
8 |
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal
membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai
bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan
(ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan
mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan
mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari
keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu
telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali
kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari
masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu
bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). |
|
9 |
Tidak ada dosa bagi orang-orang yang
beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan
dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang
soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap
bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang
berusaha memperbaiki amalannya. |
|
10 |
Dan dirikanlah sembahyang, pada dua bahagian siang (zohor dan
asar), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam
(maghrib). Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan
kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan
bagi orang-orang yang mahu beringat. |
|
11 |
Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah
dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan
mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan
pada hari kiamat itu. |
|
12 |
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik
sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan
pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya)
berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah
kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan
(pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan). |
|
13 |
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan
dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan
perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk
diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya
daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang
berjaya. |
|
14 |
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya
akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |
No comments:
Post a Comment