|
WASIAT |
|
|
1 |
Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat,
hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu,
atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam
pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau
kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan
mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah
dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual
sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum
kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai
saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami
menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang
yang berdosa". |
|
2 |
Dan Nabi Ibrahim pun
berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi
Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku!
Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka
janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". |
|
3 |
(Demikianlah wasiat Nabi
Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)!
Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada
anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?"
Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim
dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami
berserah diri (dengan penuh iman)". |
|
4 |
Kamu diwajibkan, apabila seseorang
dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia)
membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang
baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang
bertaqwa. |
|
5 |
Kemudian sesiapa yang mengubah
mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya
hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
|
6 |
Tetapi sesiapa yang mengetahui
bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa
(dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris,
dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah
ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
7 |
Dan orang-orang yang (hampir) mati
di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk
isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat
tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat
tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan
kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati)
mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari
perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
10 |
Allah perintahkan kamu mengenai
(pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak
lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak
perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari
harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang
sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu
bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si
mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu
bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu
mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah
satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang
telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa
kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih
dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan
penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah)
ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana. |
|
|
Dan bagi
kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika
mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu
beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah
ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan
hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang
kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai
anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta
yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan,
dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu,
lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu)
maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula
mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka
bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan
perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si
mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut
hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu
hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Penyabar. |
|
11 |
Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat,
hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara
kamu, atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam
pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut.
Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan
mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan
nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah
kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum
kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai
saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami
menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan
orang-orang yang berdosa". |
|
12 |
Maka dengan itu, mereka tidak
berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau
mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya. |
No comments:
Post a Comment