|
NAFKAH |
|
|
1 |
Dan orang-orang yang (hampir) mati
di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk
isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai
dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari
tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan
kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati)
mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari
perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
2 |
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan
pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah
telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan
(memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan
yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang
memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika
suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan
perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)
hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah
mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka
(dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat
kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. |
|
3 |
Tempatkanlah isteri-isteri (yang
menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu;
dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal
itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar
meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka
berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang
dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah
kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya)
dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak)
mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. |
|
4 |
Hendaklah orang yang mampu
memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan
rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan
Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang
melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang
yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan
kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. |
|
|
Dan isteri-isteri yang diceraikan
berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai
satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa. |
|
5 |
Dan janganlah kamu berikan
(serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka
yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk
kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja
dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga
berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. |
No comments:
Post a Comment