|
BATU |
|
|
1 |
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan
sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api
neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia
dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk
orang-orang kafir. |
|
2 |
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon
supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman:
"Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya),
lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya
tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya
masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari
rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka
bumi". |
|
3 |
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi
keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di
antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai
daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar
mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana
takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang
kamu kerjakan. |
|
4 |
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan
rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan
(kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang
membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak),
dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang
itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih
licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir
dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang
mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
kaum yang kafir. |
|
5 |
Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil)
menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan
kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya:
"Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah
daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka)
mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami
turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami
berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada
kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka),
tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. |
|
6 |
Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik
Makkah) berkata: "Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang
benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit,
atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya". |
|
7 |
Maka apabila datang (masa perlaksanaan)
perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus
segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya
dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi
Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari
orang-orang yang zalim itu. |
|
8 |
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu
tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani
atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. |
|
9 |
Katakanlah :" Jadilah
kamu batu atau besi - |
|
10 |
Adakah kamu - (sesudah diselamatkan ke
darat) - merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan
sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia akan menghantarkan kepada
kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak
beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu? |
|
11 |
Temannya berkata: "Tahukah apa yang
telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku
lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada
menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah
menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan". |
|
12 |
(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau
bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak
berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu
dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang
masa". |
|
13 |
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah
mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya,
kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat
hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan
hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya;
lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang
dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran
kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir
menyambar dan menghilangkan pandangan. |
|
14 |
Dan Firaun pula berkata: "Wahai
orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain
daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta
binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa
(yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari
orang-orang yang berdusta". |
|
15 |
Maka masing-masing Kami binasakan dengan
sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut
menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara
yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula
yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali
menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. |
|
16 |
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata):
"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang
baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di
dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan
dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah
Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. |
|
17 |
"Supaya Kami menimpakan mereka
dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar), |
|
18 |
"Batu-batu itu ditandakan di sisi
Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam
keingkarannya)". |
|
19 |
Dan Kami tinggalkan di negeri itu
(timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka),
sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut
kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya. |
|
20 |
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada
mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga
Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ)
pada waktu jauh malam, |
|
21 |
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah
diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia
dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat
yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam
segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan
segala yang diperintahkan. |
|
22 |
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut)
kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada
kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu
akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? |
|
23 |
Dan (terhadap) kaum Thamud yang
memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat
tinggalnya)? |
|
24 |
Yang melontar mereka
dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, - |
No comments:
Post a Comment