|
ANGIN |
|
|
1 |
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi;
dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di
laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga
(pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan
dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya
dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada)
peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah)
terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu)
ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan
akal fikiran. |
|
2 |
Adakah seseorang di antara kamu suka
mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis
buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih
kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api
sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). |
|
3 |
Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam
kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah
seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa
tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan
(ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya
diri sendiri. |
|
4 |
Dan Dia lah (Allah) yang
menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga
apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri
yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan
awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis
buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)
orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya). |
|
5 |
Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan
di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan);
sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak
laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik,
dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah
kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak
menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh
bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan
kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata):
"Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya
ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur". |
|
6 |
Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha)
orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang
diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak
memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu.
Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. |
|
7 |
Dan Kami hantarkan angin sebagai
pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan)
dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa
menurunkannya atau) menyimpannya. |
|
8 |
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu,
dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. |
|
9 |
Adakah kamu - (sesudah diselamatkan ke
darat) - merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan
sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia akan menghantarkan kepada
kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu
tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu? |
|
10 |
Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak
memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut,
kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah
belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab
kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut
bela tentang itu terhadap Kami? |
|
11 |
Dan kemukakanlah kepada mereka misal
perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari
langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan
kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur
ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu. |
|
12 |
Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi
Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya
ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu. |
|
13 |
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan
tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya;
dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka
seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan
oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). |
|
14 |
Dan Dia lah Tuhan yang
menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan
rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci, |
|
15 |
Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada
kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang
menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama
Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya. |
|
16 |
Maka masing-masing Kami binasakan dengan
sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami
hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang
dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami
timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan
(ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah
yang menganiaya diri sendiri. |
|
17 |
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita
yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan
supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu
dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu
bersyukur. |
|
18 |
Allah jualah yang menghantarkan angin,
lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan
itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya
berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya.
Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya
dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira; |
|
19 |
Dan demi sesungguhnya, jika Kami
hantarkan angin (menyerang tanaman) lalu mereka melihat tanaman itu
menjadi kuning kering, nescaya mereka sesudah itu, terus kembali kufur (tidak
mengenangkan nikmat-nikmat Allah serta berputus asa). |
|
20 |
Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah
nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera
(Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang
kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat
melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. |
|
21 |
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman
kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya
adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah
menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari
tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya
dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah
Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. |
|
22 |
Dan Allah jualah yang
menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan,
kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang);
lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu.
Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati). |
|
23 |
Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami
mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan
menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya; |
|
24 |
Lalu Kami hantarkan kepada
mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas
malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam
kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar
kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab
itu). |
|
25 |
Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan
tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka
lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar
pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar,
lagi sentiasa bersyukur. |
|
26 |
Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih
berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu
Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada)
peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang
membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan
rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. |
|
27 |
Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai
awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah
awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang
demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu
minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab
seksa yang tidak terperi sakitnya; |
|
28 |
Demi angin yang menerbang dan
menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan
dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, - |
|
29 |
Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat
perkara-perkara yang menjadi iktibar), - ketika kami hantarkan kepada
mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; - |
|
30 |
Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun
yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu. |
|
31 |
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada
mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali
keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari
situ) pada waktu jauh malam, |
|
32 |
Mereka diseksa dalam angin yang
membakar dan air yang menggelegak |
|
33 |
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut)
kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada
kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu,
kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? |
|
34 |
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka
telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau
kencangnya, - |
No comments:
Post a Comment