|
NERAKA |
|
|
1 |
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka,
maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak
akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. |
|
2 |
Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu
kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata; |
|
3 |
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil
hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat
menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam
bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu. |
|
4 |
(Mereka yang bersifat) demikian,
balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan
mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. |
|
5 |
" Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan
kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka
dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di
dalam neraka". |
|
6 |
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang
mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat);
maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), |
|
7 |
Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan
himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar,
kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di
keliling neraka Jahannam. |
|
8 |
Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang
yang lebih patut diseksa dan dibakar dangan api neraka itu. |
|
9 |
Kemudian Kami akan selamatkan
orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim
(dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di
dalam neraka itu. |
|
10 |
Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah
ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga. |
|
11 |
"Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari
akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah
baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak
pula hidup. |
|
12 |
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata:
"Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata
sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan
(azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang
zalim. |
|
13 |
Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa
mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan
api neraka dari muka dan belakang mereka, dan mereka pula tidak
diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata
demikian). |
|
15 |
Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari
Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke
dalam neraka Jahannam; kamu (sudah tetap) akan memasukinya. |
|
16 |
Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah
mereka tidak masuk ke dalam neraka; dan (ketahuilah), semuanya (yang
menyembah dan yang disembah) akan kekal
dalam neraka selama-lamanya. |
|
17 |
Mereka mendayu-dayu (kesakitan) di dalam neraka, dan mereka
pula di situ tidak dapat mendengar sesuatu yang menyenangkan. |
|
18 |
Sesungguhnya orang-orang yang telah tetap dari dahulu lagi
memperoleh kebaikan dari Kami, mereka dijauhkan dari neraka itu. |
|
19 |
Mereka tidak mendengar suara (julangan)
api neraka itu, dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam
(nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka. |
|
20 |
Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa
sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan
memimpinnya kepada azab neraka. |
No comments:
Post a Comment