|
NERAKA |
|
|
1 |
Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan
ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli
Syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau
dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka
(ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya
atas orang-orang kafir". |
|
2 |
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu
melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang
yang lalai. |
|
3 |
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. (15) Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika
itu - kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat)
peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain - maka
sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya
ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah
seburuk-buruk tempat kembali. |
|
4 |
Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta
mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap
membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan
penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah)
orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. |
|
5 |
(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: "Orang-orang itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)". Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (49) Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang
memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul
muka dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang
membakar". |
|
6 |
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan
(menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui)
akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak
binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka. |
|
7 |
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu
dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk
mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah
apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab
dari) apa yang kamu simpan itu. |
|
8 |
Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang
(perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah
baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang
demikian adalah kehinaan yang besar |
|
9 |
Allah menjanjikan orang-orang munafik
lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam,
mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan
mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal. |
|
10 |
Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan
orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya)
tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali. |
|
11 |
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang)
itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di
Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan
jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula
(menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk
berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam
lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. |
|
12 |
Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu apabila kamu
kembali kepada mereka (dari medan perang), supaya kamu berpaling dari mereka
(tidak menempelak mereka); oleh itu berpalinglah dari mereka kerana
sesungguhnya mereka itu kotor (disebabkan mereka telah sebati dengan kufur);
dan tempat kembali mereka pula ialah neraka Jahannam, sebagai
balasan bagi apa yang mereka telah usahakan. |
|
13 |
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di
atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih
baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang
yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam
api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk
kepada orang-orang yang zalim. |
|
15 |
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman,
meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat
sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah
ahli neraka. |
|
16 |
Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman
mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan
yang mereka telah lakukan. |
|
17 |
Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan
maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang
sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka
pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup
dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita.
Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. |
|
18 |
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat
kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang
mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan. |
|
19 |
Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang
keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari (benda-benda yang
diciptakan oleh) Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran memberi
kenyataan - sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut;
dan sebelum itu, kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi Musa yang
menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya)? Orang-orang yang berkeadaan
demikian, mengakui - menerima Al-Quran; dan sesiapa ingkar akan Al-Quran itu
dari kumpulan-kumpulan kaum kafir, maka nerakalah dijanjikan menjadi
tempatnya. Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan
ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara
yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya. |
|
20 |
Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah
ia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki
ialah neraka. |
No comments:
Post a Comment