Friday, May 29, 2026

DALIL TENTANG NERAKA 13

 

NERAKA

1

(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, (30) "Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; (31)

(Al-Haaqqah 69:31)

2

Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,

(Al-Ma'aarij 70:15

3

Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),

(Al-Ma'aarij 70:17

4

Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).

(Nuh 71:25

5

 Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '

(Al-Jinn 72:15)

6

"(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.".

(Al-Jinn 72:23

7

Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,

(Al-Muzzammil 73:12

8

(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. (26) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? (27)

(Al-Muddaththir 74:26-27)

9

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

(Al-Muddaththir 74:31

10

Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,

(Al-Muddaththir 74:35

11

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"

(Al-Muddaththir 74:42

12

Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

(Al-Qiaamah 75:35)

13

(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.

(Al-Insaan 76:4

15

"Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, (30)  "Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka. (31) "Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar, (32

(Al-Mursalaat 77:30-32

16

Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan  (An-Naba' 78:21

17

(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".

(An-Naba' 78:30)

18

Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -

(An-Naazi'aat 79:36)

19

Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

(An-Naazi'aat 79:39

20

Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;

(At-Takwiir 81:12

No comments:

Post a Comment

DALIL TENTANG SYURGA 3

  SYURGA 1 Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. S...