|
NERAKA |
|
|
1 |
(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka):
"Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke
tengah-tengah neraka. |
|
2 |
(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya):
"Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu
terhadapnya!" |
|
3 |
Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada
mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari
azab neraka; |
|
4 |
Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam
(yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat
menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja
selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan
(kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. |
|
5 |
Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami tidak
hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan
persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka,
dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan. |
|
6 |
"(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah
menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu
telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada
hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak
diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya). |
|
7 |
Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta
dikatakan kepada mereka): "Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan
kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang
menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina
kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan
alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik" |
|
8 |
Dan (ingatlah) hari orang-orang yang kafir didedahkan
kepada neraka, (lalu dikatakan kepada mereka): "Bukankah
(azab) neraka ini benar?" Mereka menjawab: "Ya, benar,
demi Tuhan kami!" (Setelah itu) dikatakan lagi (kepada mereka):
"Maka sekarang rasalah azab seksa dengan sebab kamu kufur ingkar di
dunia dahulu. " |
|
9 |
Sesungguhnya Allah akan memasukkan
orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya)
orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah
menjadi tempat tinggal mereka. |
|
10 |
Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang
bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang
tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak
berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang
yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada
pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan
mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang
sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di
dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga
menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! |
|
11 |
Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan
perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka
terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan
RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran
zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta
menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam
itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. |
|
12 |
Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah
dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu
api neraka yang menjulang-julang. |
|
13 |
(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada
kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh
kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap
degil dalam kekufurannya; - |
|
15 |
(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia
mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan
yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami,
aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam
kesesatan yang jauh terpesong". |
|
16 |
(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam:
"Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi
sebarang tambahan?" |
|
17 |
(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar)
atas api neraka, - |
|
18 |
Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam
dengan penolakan yang sekasar-kasarnya, |
|
19 |
(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang
dahulu kamu mendustakannya. |
|
20 |
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat
(di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka. |
No comments:
Post a Comment