|
HAJI |
|
|
1 |
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah
sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan
ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah
menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya.
Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya
Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. |
|
2 |
Mereka bertanya kepadamu mengenai (peredaran) anak-anak bulan.
Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu
(urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara
kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu
berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan
masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya kamu berjaya." |
|
3 |
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah;
maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika
kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam
yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk
bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya.
Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di
kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu
berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada
kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan
mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa
(mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah
ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan
Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa
mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke
tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini
ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam
(Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya
Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar
perintahNya). |
|
4 |
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah
beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah
mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka
tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak
boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua
kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu
membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah
memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu
wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). |
|
5 |
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan
kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian
apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka
sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat
Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan
menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan
sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah
jalan ibadatnya. |
|
6 |
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan
ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan
mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu
menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang
lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan)
berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia".
(orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya
sedikitpun kebaikan di akhirat. |
|
7 |
Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa
mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya.
Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka
ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia
juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa
dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu
akan dihimpunkan kepadanya. |
|
8 |
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan
kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk
ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan
ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu
sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu),
maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari
sekalian makhluk. |
|
9 |
Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama
Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai
binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai
kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke
Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka
(dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan
ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari
ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu
kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam
itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya). |
|
10 |
Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat
manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa
sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang
musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka
yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah
sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah.
Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka
akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya. |
|
11 |
Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada
orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan
Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian)
tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada
kaum yang zalim. |
|
12 |
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta
berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih
besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya
memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid
sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. |
|
13 |
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji,
nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan
dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai
jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. |
No comments:
Post a Comment