|
TAHAJUD |
|
|
1 |
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
"sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan
bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di
tempat yang terpuji. |
|
2 |
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur,
kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka
sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya)
serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu
pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. |
|
3 |
Wahai orang yang berselimut!.(1)
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit
masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),(2) Iaitu separuh dari waktu malam,
atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit)
daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".(4) (Sayugialah
engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat
yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan
kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat
(kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5)
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada
jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (6) (Kami galakkan engkau dan umatmu
beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari
mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;(7) (Al-Muzzammil 73:1-7) |
|
4 |
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat
kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. |
|
5 |
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya
engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga
malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian
juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana
hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang
menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu
tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia
menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada
kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari
Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di
antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir
di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya
lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka
bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan
dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman
kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua
kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu
akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang
sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada
Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
6 |
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu
malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan
(seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan
mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari
waktu malam. |
|
7 |
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah
dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya. |
|
8 |
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya
serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). |
|
9 |
Seorang hamba Allah apabila ia
mengerjakan sembahyang? |
|
10 |
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada
menyempurnakan sembahyangnya; |
|
11 |
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu
semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). |
No comments:
Post a Comment