|
REZEKI |
|
|
1 |
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah
kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa
yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah
banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di
akhirat). |
|
2 |
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang
ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan
(mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka. |
|
3 |
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan,
dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan
kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya
dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi
kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal
kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). |
|
4 |
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis
buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan
kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama
rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam
syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang
mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. |
|
5 |
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk
kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu",
(ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air;
sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat
minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah
kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana
kerosakan di muka bumi". |
|
6 |
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman
sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan
kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu
diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia
bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia),
kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah)
seburuk-buruk tempat kembali". |
|
7 |
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan
amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak
sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal
orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya)
daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah),
Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan
tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). |
|
8 |
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah
sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan
balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu
semua dikembalikan. |
|
9 |
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang
memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan
waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu
yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang
mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". |
|
10 |
Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh
Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang
baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali
Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia
dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi
Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan)
ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah
memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak
dikira". |
|
11 |
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang
terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati)
bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki; |
|
12 |
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan
menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah
yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya
dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam
perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
13 |
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah
kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang
kepadaNya sahaja kamu beriman. |
|
14 |
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata:
Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari
langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini
dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda
(mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan
kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik
Pemberi rezeki". |
|
15 |
Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka
kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang
memberi rezeki kepada sekalian makhluknya), dan juga (rugilah
orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada
mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan
tiadalah mereka mendapat petunjuk. |
|
16 |
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah
diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan
Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan
janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah
yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah
kamu hampiri kejahatan-kejahatan - yang terang daripadanya dan yang
tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah
(membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak).
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. |
|
17 |
Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan
firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata):
"Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau
dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada
kamu". Mereka (ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah
haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir". |
|
18 |
Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di
bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi
kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya,
serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu
bersyukur. |
|
19 |
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah
Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah
yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan
makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati
dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian
alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik)
tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang
menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu
mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? |
|
20 |
Dan apakah sangkaan orang-orang yang mengada-adakan kata-kata
dusta terhadap Allah, (tidakkah mereka akan diazabkan) hari kiamat kelak?
Sebenarnya Allah jualah yang melimpahkan kurnia kepada manusia
(meliputi rezeki pemberianNya dan hukum-hukum Syarak yang
diturunkanNya), tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. |
|
21 |
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di
bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam
Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud 11:6) |
|
22 |
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar):
bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain,
hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan
hari akhirat. |
|
23 |
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan
sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang
tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai
Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang
(dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari
manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ),
dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis
buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. |
|
24 |
Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan
hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang
sebenar menyediakan rezekinya. |
|
25 |
Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan
daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan
daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu)
engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat
mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. |
|
26 |
Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian
yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu,
orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari
kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat
sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah
itu dengan perbuatan syirik? |
|
27 |
Dan mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang
tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari
langit dan bumi, dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa
itu. |
|
28 |
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah
memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang
didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian
penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya
kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang
mereka telah lakukan. |
|
29 |
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan
kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi
gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu
mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu
mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah)
tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah
menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya. |
|
30 |
Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas
sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya
pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih
besar tambahan-tambahan kelebihannya. |
|
31 |
Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana
menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah
kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. |
|
32 |
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang
menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam
pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. |
|
33 |
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan
kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada
kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang
besar. |
|
34 |
Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut,
supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya;
sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu. |
|
35 |
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami
telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut;
dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda
yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas
banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. |
|
36 |
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang,
dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak
meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang
memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah
bagi orang-orang yang bertaqwa. |
|
37 |
Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun
tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis
lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu
beroleh rezeki penghidupan kamu. |
|
38 |
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh
punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah
penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan
kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu
beroleh rezeki penghidupan kamu. |
|
39 |
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka
dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi
mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah
memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak
terhitung. |
|
40 |
Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai
pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang
untuk keluar mencari rezeki. |
|
41 |
Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian
dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang
memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang
tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah: "Bawalah kemari
keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ". |
|
42 |
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak
mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada
sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". |
|
43 |
Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu
malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu
berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu
bersyukur. |
|
44 |
"Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat
oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu
hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah
yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada
kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan
Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan
dikembalikan. |
|
45 |
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak
membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang
memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
|
46 |
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan
kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan
usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua
waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat
pengajaran). |
|
47 |
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak
melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi
sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau
sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada
diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi
orang-orang yang beriman. |
|
48 |
Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia
memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia mematikan kamu; kemudian
Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu
sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala
yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka
sekutukan (denganNya). |
|
49 |
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa
Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk
merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju
dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari
limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur. |
|
50 |
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda
(yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka,
iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah
kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka):
"Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah
kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan
(Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. |
|
51 |
Bertanyalah (kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah
yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?"
Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu
golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik
- (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di
atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata
". |
|
52 |
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara
hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang
kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik
Pemberi rezeki". |
|
53 |
Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya),
yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang
satu lagi masin lagi pahit. Dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu):
dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut - hidup-hidup, dan
dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya;
(selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya;
(diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari
limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur. |
|
54 |
(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui
bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian
mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan
(ilmu dan kebijaksanaan Allah). |
|
55 |
Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda
keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang
menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan
tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan
orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah). |
|
56 |
"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia
tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan
sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia
beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di
dalam Syurga itu dengan tidak dihitung. |
|
57 |
Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan
bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut
peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Asy-Syuura 42:12) |
|
58 |
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan
belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan
Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. |
|
59 |
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap
hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan
perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya
itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi
Melihat dengan nyata. |
|
60 |
Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga
(pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada)
peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan
keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi
kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. |
|
61 |
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu,
dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. |
|
62 |
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada
sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak
terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. |
|
63 |
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan
(yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu
pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar -
berkhutbah). Katakanlah (" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah,
lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik
pemberi rezeki. |
|
64 |
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut
kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:
" Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal
matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah
dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". |
|
65 |
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat
kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang
dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya
tiap-tiap sesuatu. |
|
66 |
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang
dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu
sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah
kemurkaanNya). |
|
67 |
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu
jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka
(yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan
diri (dari kebenaran). |
|
68 |
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa
untuk mencari rezeki? |
|
69 |
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan
disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta
merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" |
No comments:
Post a Comment