|
ELAK SYIRIK |
|
|
1 |
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu
bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan
kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan
hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan
bersungguh-sungguh!" |
|
2 |
Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan
Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul - lurus
". |
|
3 |
(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut
membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya
(yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan
makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu. |
|
4 |
Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas
ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang
Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah
itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang
Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya) |
|
5 |
Maka (dengan yang demikian) Maha
Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada
Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. |
|
6 |
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu
bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang
satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar. |
|
7 |
Dan bagiNyalah (hak milik) segala
yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan
ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka
tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah. |
|
8 |
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita
apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan
kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara
kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). |
|
9 |
Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam
gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa
berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan
yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang
mereka sekutukan denganNya. |
|
10 |
Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah
yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan
yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah
kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar
". |
|
11 |
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman
mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat
keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. |
|
12 |
Kemudian mereka mengambil tuhan-tuhan selain
daripada-Nya (untuk disembah), yang tuhan-tuhan itu tidak menciptakan apapun,
bahkan mereka sendiri diciptakan dan tidak kuasa untuk (menolak) sesuatu
kemudharatan dari dirinya dan tidak (pula untuk mengambil) suatu
kemanfaatanpun dan (juga) tidak kuasa mematikan, menghidupkan dan tidak
(pula) membangkitkan. (Al Furqan 3) |
|
13 |
(lngatlah) ketika ia datang kepada Tuhannya
dengan hati yang suci: (As Saffat 84) |
|
14 |
atau agar kamu tidak mengatakan:
"Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak
dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah
mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan
orang-orang yang sesat dahulu? (Al Araf 173) |
|
15 |
Demikianlah (perintah Allah). Dan
barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah
lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua
binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka
jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah
perkataan-perkataan dusta. (30) dengan ikhlas kepada Allah, tidak
mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu
dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh
burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. (31) Demikianlah
(perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka
sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. (AlHajj 30-32) |
No comments:
Post a Comment